Premium
Kanak-kanak hidupkan semangat kampung di bazar
Jun 30, 2016 | 5:30 AM

SEMANGAT PERKAMPUNGAN: (Dari kanan) Pengerusi Mercu, Encik Mohamad Azmi Muslimin; Dr Intan Azura Mokhtar; Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; dan Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohd Anuar Yusop, mengunjungi gerai bazar yang dikendalikan kanak-kanak daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kidz Meadow (Buangkok Crescent). - Foto M.O. SALLEH -
KANAK-KANAK daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kidz Meadow (Buangkok Crescent) telah menghidupkan semangat perkampungan di satu bazar istimewa semalam.
Bazar Amal Kecil yang diadakan di Blok 979C Buangkok Crescent itu adalah sebahagian daripada inisiatif diberi nama Mula Kecil, Impian Besar atau Start Small, Dream Big yang diperkenal Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak.

