Kanak-kanak perlu lebih banyak sokongan untuk beralih ke Darjah 1
Kanak-kanak perlu lebih banyak sokongan untuk beralih ke Darjah 1
KANAK-KANAK perlu lebih banyak sokongan emosi dan kurang kertas kerja serta ujian ejaan dalam persiapan melangkah dari prasekolah ke sekolah rendah, kata pengkaji.
Nasihat ini dimuatkan dalam panduan baru dari Institut Pendidikan Nasional (NIE) bagi ibu bapa dan guru yang bertujuan membimbing peralihan ke sekolah rendah.
Lebih separuh daripada 3,000 salinan panduan itu, yang ditulis tanpa menggunakan bahasa akademik, telah diedarkan kepada prasekolah dan pendidik. Matlamatnya adalah untuk menawarkannya di dalam talian dalam tempoh dua bulan.
Dr Hanin Hussain, yang memimpin pasukan kajian, berkata kajian saintifik menunjukkan peri penting kanak-kanak menguruskan emosi dan mempelajari kemahiran genting seperti keyakinan diri pada usia lebih muda.
Pembangunan seperti ini tidak boleh diasingkan daripada keupayaan lain, seperti kemahiran kognitif.
Dimulakan pada 2015, projek NIE itu juga mendapati ibu bapa prihatin terhadap pembangunan emosi anak-anak mereka.
Sejumlah 260 ibu bapa dan guru, serta 104 kanak-kanak di tahun kedua tadika (K2) atau Darjah 1 menyertai tinjauan ini.

