Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kanak-kanak sumbang $3,500 kepada Cabaran Presiden lewat beg kitar semula

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK $3,500 dikumpul bagi Cabaran Presiden oleh kanak-kanak prasekolah My First Skool dengan menjual beg jinjing yang mereka buat daripada pakaian lama.



Sumbangan itu disampaikan kepada Presiden Halimah Yacob semasa beliau berkunjung ke My First Skool di Blok 208 Choa Chu Kang Central semalam.



Cabaran Presiden, yang bermula 22 tahun lalu, bertujuan membina masyarakat penyayang dan bersatu padu secara sukarela bagi menyokong golongan kurang bernasib baik. Sebanyak 82 agensi di bawah Cabaran Presiden memanfaat daripada pengumpulan dana amal itu.



Sepanjang lapan bulan lalu, 42 kanak-kanak pratadika dan tadika My First Skool mengitar dan mengguna semula lebih 80 helai pakaian lama bagi menghasilkan beg jinjing itu.



Ia sebahagian daripada projek kitar semula 'Eco Heroes' (Wira Eko) prasekolah itu di bawah inisiatif 'Start Small Dream Big' (Bermula Kecil Bercita-Cita Besar, atau SSDB) 2022 yang bertema 'Our Family, Our Community' (Keluarga Kita, Masyarakat Kita).



Projek itu bertujuan mendorong kanak-kanak belajar nilai murni seperti empati dan rasa bertanggungjawab sambil belajar ilmu perubahan iklim, 3R (Reduce, Reuse and Recycle, iaitu Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula). Kanak-kanak itu juga belajar nilai teras keluarga seperti kasih sayang, keprihatinan, komitmen dan hormat-menghormati.



Dalam ucapannya, Presiden Halimah berkata: "Kita mahu kanak-kanak kita menghayati nilai-nilai kekeluargaan, iaitu kasih sayang, ambil berat dan prihatin, komited, dan menghormati. Nilai-nilai ini meletakkan asas kukuh bagi mereka menghargai peri penting keluarga, dan membina masyarakat penyayang dan inklusif.



"Saya berbesar hati kanak-kanak ini dan keluarga mereka mengamalkan amalan mampan melalui projek 'Eco Heroes', dan pada masa sama mengumpul dana bagi Cabaran Presiden untuk membantu masyarakat. Saya berharap dapat melihat lebih banyak lagi inisiatif sebegini pada masa hadapan."



Seorang ibu, Cik Nur Faradilla Sohainy, 33 tahun yang anaknya, Mysha Nazurah Mohd Nor, merupakan murid tadika K2 pusat itu, berkata:



"Mengambil bahagian dalam inisiatif ini bersama anak saya memupuk ikatan kekeluargaan erat. Selain itu, kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang cara menjaga alam sekitar. Projek ini bermanfaat demi menerapkan nilai-nilai ini dalam diri mereka."



Ini tahun ketujuh prasekolah itu menyertai inisiatif SSDB yang dikendalikan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda). Gerakan itu bertujuan menggalak prasekolah mewujudkan platform bagi kanak-kanak berinovasi, menyelesaikan masalah dan membina kekuatan unik untuk membantu orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >