Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Karl Liew didakwa beri maklumat, bukti palsu

Nov 5, 2020 | 5:30 AM
DIDAKWA: Encik Karl Liew didapati buat beberapa dakwaan mencurigakan. - Foto fail
DIDAKWA: Encik Karl Liew didapati buat beberapa dakwaan mencurigakan. - Foto fail -

ENCIK Karl Liew, anak mantan pengerusi Changi Airport Group Liew Mun Leong, akan didakwa di mahkamah hari ini kerana memberikan maklumat dan bukti palsu berhubung kes pencurian melibatkan bekas pembantu rumah keluarganya, Cik Parti Liyani.

Polis, dalam kenyataannya semalam, berkata Encik Liew akan dikenakan satu tuduhan memberikan maklumat palsu kepada pegawai khidmat awam dan satu tuduhan memberikan bukti palsu di bawah Kanun Jenayah.

"Setelah dikeluarkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan berdasarkan komen Mahkamah Tinggi, Pejabat Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan polis melaksanakan siasatan lanjut untuk menilai sama ada sebarang kesalahan telah dilakukan oleh keluarga Liew.

"Polis telah selesai menjalankan siasatan dan telah berunding dengan AGC mengenai saranan kami," kata kenyataan polis itu.

Hakim Mahkamah Tinggi telah mendapati beberapa dakwaan yang dibuat Encik Karl Liew dalam perbicaraan kes itu mencurigakan, termasuk pengakuannya memakai kemeja-T wanita.

Dalam Kenyataan Menterinya berhubung kes itu semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata terdapat banyak aspek dalam tingkah laku dan bukti Encik Karl Liew semasa perbicaraan yang "sangat tidak memuaskan", dan "menimbulkan keraguan".

Misalnya, Encik Liew memberikan keterangan bahawa dompet Gucci, dompet Braun Buffel dan jam tangan Helix - yang ditemui dalam pemilikan Cik Parti - telah diberikan kepada beliau oleh anggota keluarganya.

Namun, tiada seorang pun keluarganya yang mengingati mereka memiliki atau memberinya barangan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg