Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawalan lebih ketat masuki Joo Chiat Complex

May 03, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG ke Joo Chiat Complex pada hujung minggu lalu mendapati mereka perlu menunggu lama sedikit sebelum dibenarkan masuk ke pusat beli-belah di Geylang Serai itu.



Ini berikutan peraturan Covid-19 yang baru-baru ini diperketat untuk membendung penularan koronavirus di negara ini.



Sejak kelmarin hingga 14 Mei, pusat beli-belah dan kedai besar harus mengawal had bilangan pengunjung, dengan hanya seorang dibenarkan berada dalam ruang 10 meter persegi berbanding satu orang bagi setiap lapan meter persegi sebelum ini.



Ketika kunjungan wartawan ke Joo Chiat Complex sekitar jam 12.30 petang semalam, barisan panjang dilihat membentuk di pintu masuknya.



Satu notis juga dilihat diletakkan di depan pintu masuk pusat beli-belah itu untuk mengingatkan pengunjung.



Notis itu menulis:



"Disebabkan langkah terkini Covid-19, kami mengehadkan jumlah keseluruhan pengunjung yang masuk ke dalam pusat beli-belah, sehingga notis selanjutnya. Kami meminta persefahaman anda."



Salah seorang pengunjung yang ditemui semalam sedang beratur untuk masuk ke Joo Chiat Complex ialah Cik Izyan Hazwani, 36 tahun.



Guru penjagaan kanak-kanak sambilan itu berkata beliau dan keluarganya telah beratur selama lima minit.



"Saya tidak sangka barisan beratur akan menjadi panjang sebegini tetapi saya terima sajalah. Kita tetap harus patuh langkah selamat," kongsi Cik Izyan, yang di sana untuk membeli barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >