Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawasan rehat disediakan untuk pekerja penghantaran sehingga 18 Ogos

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA kelab masyarakat (CC) dan pusat makanan yang terletak di pusat membeli-belah di sekitar negara akan menyediakan kawasan untuk pekerja penghantaran berehat dan makan semasa tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), yang bermula semalam hingga 18 Ogos.



Ini menyusuli pengumuman kawalan Covid-19 yang diperketat yang antaranya tidak membenarkan menjamu di premis makanan dan minuman (F&B).



Langkah diperketat itu dilaksanakan setelah kes Covid-19 berhubung pusat hiburan KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) terus meningkat.



Daya usaha tersebut diterajui Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA) dan dengan sokongan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), mereka akan bekerjasama dengan lebih banyak syarikat dan agensi pemerintah untuk memperluas ruang tersebut bagi kegunaan pekerja penghantaran.



Sekitar 25 lokasi di seluruh Singapura telah diperuntuk sebagai kawasan rehat dan makan buat masa ini.



Antaranya termasuk pusat makanan di pusat membeli-belah utama di kawasan kejiranan seperti di Ang Mo Kio Hub, Centrepoint, Tampines 1, Waterway Point, Causeway Point dan Jurong Point.



Pekerja penghantaran juga boleh berehat di ruang khusus yang disediakan di beberapa kelab masyarakat, antaranya Kelab Masyarakat Kampong Glam, Eunos, Kaki Bukit dan Bukit Panjang.



Butiran lanjut boleh diperolehi menerusi Facebook NTUC Delivery Champions.



Mengulas tentang daya usaha ini di Facebook semalam, ketua gerakan buruh dan Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng berkata beliau berharap langkah ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada para pekerja penghantaran.



Beliau berkata sedang ramai di antara kita yang akan membungkus makanan dan makan di rumah atau pejabat, masih terdapat pekerja barisan hadapan seperti pekerja penghantaran, duta jarak selamat serta pemandu teksi dan kereta sewa privet yang masih bekerja di luar sewaktu tempoh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >