Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebocoran kertas ujian NTU akibat kesilapan manusia

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



KEBOCORAN dalam talian baru-baru ini bagi kertas ujian untuk para pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) awal bulan ini adalah disebabkan kesilapan manusia, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang di parlimen semalam.



Beliau berkata bahawa berdasarkan siasatan NTU mengenai kejadian itu, seorang kakitangan pentadbiran telah gagal melindungi versi elektronik kertas ujian bagi para pelajar yang mengambil ujian itu secara dalam talian.



"Akibatnya, para pelajar secara tidak sengaja diberi akses kepada soalan-soalan itu sebelum ujian bermula.



"NTU telah jalankan tindakan pemulihan bagi memastikan proses penilaian yang adil bagi semua pelajar dengan mengadakan ujian semula serta mengurangkan topik peperiksaan dan meluaskan sokongan kaunseling kepada para pelajar yang terjejas," kata Cik Gan.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan AP GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira.



Cik Gan berkata NTU sedang menyemak protokol dalaman dan latihan kakitangan bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.



Sekitar 218 pelajar, yang kebanyakannya mempelajari psikologi, terpaksa mengambil semula ujian itu selepas kertas itu dikeluarkan dalam talian secara pramatang pada platform pembelajaran pelajar.



Dalam respons kepada pertanyaan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong), yang telah bertanya jika terdapat kes serupa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Cik Gan berkata terdapat lima kejadian terpencil dalam tempoh tiga tahun lalu yang melibatkan kebocoran kertas peperiksaan.



Ini menjejas "minoriti kecil" dalam kalangan mahasiswa bagi kes-kes yang lebih serius, kata beliau.



Mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang, beliau berkata institut pengajian tinggi mempunyai protokol untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan atau pelepasan pra-matang kertas peperiksaan.



Ini termasuk mempunyai kata laluan bagi melindungi salinan digital kertas peperiksaan dan memberi kata laluan kepada para pelajar hanya sejurus sebelum masa peperiksaan yang dijadualkan.



Protokol itu juga memastikan e-penilaian dilakukan di dalam platform dalaman dengan akses terkawal serta menyimpan salinan yang dicetak di lokasi yang selamat dengan akses terhad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >