Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebun Terapeutik harumi Tampines

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



HARUMAN herba dan kecantikan bunga warna-warni kini menjadi tarikan baru di hab masyarakat bersepadu Our Tampines Hub selepas satu kebun baru dilancarkan semalam.



Kebun itu, yang dinamakan Kebun Terapeutik Kita, menampilkan sekitar 40 jenis tumbuhan herba dan bunga. Ia terletak di Festive Drive dan seluas 5,000 kaki persegi.



Orang ramai boleh memetik daun herba yang ditanam di situ, seperti daun pudina, daun kari, dan daun rosemary, untuk bau dan rasa.



Selain itu, terdapat juga pokok bunga yang ditampilkan seperti bunga mawar, bunga raya dan bougainvillea.



Demi mewujudkan suasana yang menenangkan, bunyi burung berkicauan turut dimainkan melalui 'speaker' dan pengunjung juga boleh menikmati bunyi air mengalir daripada satu air pancut kecil.



Idea bagi kebun itu dicetuskan pihak OTH dengan kerjasama pusat Penjagaan Warga Emas St Andrew's (Tampines Central) selepas lawatan yang mendekati warga emas di beberapa penyedia khidmat masyarakat di Tampines ditunda disebabkan Covid-19.



Kebun itu dilancarkan kelima-lima penasihat akar umbi GRC Tampines - Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; Encik Desmond Choo; dan Cik Cheng Li Hui - semalam.



Ketika ditemui media, Encik Masagos berkata kebun itu adalah sebahagian daripada usaha kemampanan dan rancangan membangunkan Tampines sebagai sebuah bandar eko menjelang 2025.



"Kemampanan adalah sesuatu yang kita perlu alami. Oleh itu, di Tampines, kami mahu bekerjasama dengan penduduk untuk hidup secara mampan.



"Salah satu perkara yang kami telah lakukan tahun ini adalah untuk mengadakan tema 'Our Tampines in a Garden' untuk menunjukkan bahawa kehijauan di sekeliling Tampines bukan sekadar untuk kecantikan, namun sesuatu yang kami boleh menghargai menerusi program dan riadah," kata beliau.



Encik Masagos menambah bahawa antara program yang bakal diadakan ialah lawatan ke kebun itu bagi pesakit demensia sebagai terapi.



Pusat Penjagaan Warga Emas St Andrew's (Tampines Central) merancang mengadakan kegiatan mingguan bagi klien warga emasnya di kebun itu, seperti mempelajari kraf dan kemahiran hortikultur dan meluangkan masa bermain permainan dan berinteraksi antara satu sama lain.



Ini dalam usaha membantu mengurangkan tekanan dan menjaga kesejahteraan mental mereka.



Dalam pada itu, satu pameran bagi mengongsi lebih lanjut tentang pelan induk lima tahun bagi Tampines menjadi sebuah bandar eko juga sedang diadakan di Festive Walk East sehingga 18 April ini.



Bertemakan "Our Tampines in a Garden", pameran itu juga akan menampilkan rancangan bagi empat taman utama di Tampines - ABC Waters@Sungei Tampines, Taman Tampines Boulevard, Taman Tampines Central, dan Tampines Eco Green.



Menyentuh secara ringkas tentang Belanjawan tahun ini di akhir lawatannya itu, Encik Masagos berkata adalah penting untuk memastikan tiada masyarakat, termasuk masyarakat Melayu/Islam, yang ketinggalan dalam merebut peluang ekonomi baru pada masa depan.



Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata demikian ketika ditanya apakah mungkin sokongan yang boleh dijangkakan masyarakat Melayu/Islam pada tahun ini.



"Jelas sekali yang kita telah dengar daripada Encik Heng Swee Keat adalah Belanjawan yang sangat prihatin kepada keadaan yang kita sedang alami sekarang, iaitu Covid-19.



"Tetapi yang penting adalah untuk melihat apa yang ada di hadapan supaya peluang perubahan ekonomi yang bakal kita hadapi, tidak akan ketinggalan mana-mana masyarakat, termasuk masyarakat kita sendiri," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >