Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAYA

Kedudukan tertinggi bagi SalamSG TV di YouTube Islam

May 08, 2021 | 05:30 AM



SALURAN SalamSG TV di YouTube yang diusahakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan kerjasama Berita Harian (BH) sewaktu pemutus rantaian jangkitan tahun lalu dengan tujuan menyediakan kandungan agama dalam talian kepada masyarakat Islam, kini merupakan saluran YouTube Islam tempatan yang berada di kedudukan tertinggi dengan 18,300 orang yang melanggan.



Berkongsi kepada Berita Harian, pengerusi bersama SalamSG TV, Encik Ridhwan Mohd Basor Muis berkata jumlah tersebut dapat dicapai disebabkan pemutus litar tahun lalu.



Namun, oleh kerana masyarakat masih berdepan dengan pandemik Covid-19, dan keadaan belum pulih sepenuhnya, masih terdapat permintaan untuk kandungan keagamaan dalam talian yang sesuai dengan konteks Singapura.



Justeru, SalamSG TV terus menghasilkan kandungan bersesuaian dan relevan dengan keadaan yang dihadapi masyarakat Islam Singapura.



Misalnya, sedang masyarakat Singapura berhadapan dengan vaksinasi Covid-19, saluran itu telah menerbitkan video yang memberikan jawapan berdasarkan konteks Singapura, di mana ketidakpastian atau persoalan masyarakat Islam terjawab, katanya.



Tidak seperti tahun lalu di mana pagar dan pintu kesemua masjid setempat dikunci, masyarakat Islam Singapura kini dapat menyaksikan solat terawih yang disiarkan langsung dari masjid-masjid tertentu pada 8.45 malam setiap hari.



Dalam pada itu, sedang ruang bagi mendirikan qiyam dihadkan di masjid, saluran itu telah menghasilkan video Panduan Solat Tahajud dan Qiamullail dengan harapan dapat membimbing masyarakat Muslim untuk mendirikan solat ini di rumah.



Dari hari pertama hingga 15 Ramadan, saluran SalamSG TV di YouTube dan Facebook telah meraih sebanyak 212,887 tontonan secara keseluruhan.



Ini merupakan lebih daripada 100 peratus peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu, di mana saluran itu mendapat 66,639 tontonan.



Encik Ridhwan berkata:



"Bagi pelan jangka panjang, saya rasa saluran ini akan terus kekal. Kami masih perlu melihat trend untuk tahu bagaimana kami boleh terus mendekati masyarakat dengan cara terbaik supaya mereka rasa bangga dengan kandungan yang diterbitkan atau dengan asatizah yang ditampilkan."




SENARAI RANCANGAN SALAMSG TV



Tarawih harian secara live



- Ia akan disiarkan secara langsung dari masjid tertentu pada 8.45 malam setiap hari.



Doa-Doa Pilihan Bersama Hady Mirza dan Ustaz Hanan Farihin - Episod baru akan dikeluarkan setiap Selasa dan Khamis.



'Ramadan Letters from Mufti' (dalam bahasa Inggeris) - Siri mingguan yang disiarkan setiap Rabu



Siri Muslim DIY: Panduan Solat Tahajud dan Qiamullail (dalam bahasa Melayu) - Video panduan Solat Tahajud oleh Ustaz Muhammad Abdul Mateen and Ustaz Fadhullah Dauud



Sembang Malam Ramadan LIVE Talkshow (dalam bahasa Melayu) - Rancangan 1.5 jam mingguan yang menampilkan pelbagai asatizah dan selebriti, bersama pengacara Sujimy Mohammad, yang diadakan setelah Solat Tarawih.



Singapura Bertakbir



- Mufti Dr Nazirudin Mohamed Nasir, bersama Ustaz Ahmad Dahri, Hady Mirza, Imam Mohamed Azeezullah dari Masjid Abdul Gafoor, seorang pemuda Muslim - Kaven Siddique Lim akan melaungkan takbir raya secara langsung pada malam Raya.



- Penterjemah bahasa isyarat juga ada untuk manfaat golongan Muslim yang pekak.



- Takbir Raya akan mula pada 7.30 malam dan akan disiarkan secara langsung di Facebook serta YouTube SalamSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >