Premium
Kelas Mercu bantu pertingkat keyakinan diri
Angkatan Karyawan Islam (AMP) bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-25 menjelang Oktober ini. BERITA HARIAN menyingkap program yang dijayakannya yang telah membantu sepasang adik-beradik meningkatkan keyakinan diri dan menimba ilmu secara menyeluruh. Pakej rencana ini adalah yang keempat dalam siri empat pakej rencana yang mengetengahkan program di bawah naungan AMP. Laporan FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg).
Sep 22, 2016 | 5:30 AM

MERAIH MANFAAT BERPANJANGAN: Bekas pelajar Kidz Meadow, adik-beradik Ariiq (kanan) dan abangnya, Asyraf, telah diberikan peluang oleh Mercu meningkatkan keyakinan diri mereka sejak berumur empat tahun. Bersama mereka ialah pengetua sekolah Kidz Meadow di Pasir Ris, Cik Zaleh. - Foto M.O. SALLEH -
KURANG berkeyakinan diri dan enggan bercakap di khalayak ramai, begitulah personaliti budak berusia enam tahun itu.
Bagaimanapun, Muhammad Asyraf Mohamed Sukor, kini 16 tahun, telah meraih manfaat jangka panjang dari persekolahannya di Kidz Meadow Kindergarten di Pasir Ris.

