Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok besar KTV, pelabuhan ikan - peringatan pentingnya vaksinasi: PM Lee

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



KEWUJUDAN kelompok besar jangkitan Covid-19 terkini dari kelab KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong adalah peringatan tentang perlunya mendapatkan kerjasama setiap orang untuk menjalani vaksinasi.



Menekankan demikian dalam satu pos Facebook semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menjelaskan vaksinasi itu khususnya perlu bagi warga emas yang boleh dijangkiti dengan penyakit serius.



"Semua yang bekerja di Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon di Ang Mo Kio akan diuji dan dikuarantin bagi mengelakkan penularan lanjutan virus ini," kata Encik Lee.



Beliau juga menggesa semua pengunjung pasar itu sejak 3 Julai memantau kesihatan mereka dan segera bertemu doktor jika terasa tidak sihat.



Pasar dan pusat makanan di Blok 453A Ang Mo Kio Avenue 10 muncul sebagai salah satu daripada 12 pasar dengan kes Covid-19 yang disahkan Kementerian Kesihatan (MOH)



Ia kemungkinan berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.



"Cara paling penting bagi memastikan diri kita selamat adalah dengan memastikan vaksinasi diberi kepada setiap orang," ujar Encik Lee.



Beliau bagaimanapun menambah Singapura berada di landasan yang disasarkan bagi memenuhi matlamat memberi vaksinasi kepada dua pertiga penduduk menjelang Hari Kebangsaan, yang jatuhnya pada 9 Ogos ini.



"Sementara itu, diharapkan kita dapat teruskan tabiat tetap kita menggunakan pelitup, mencuci tangan dan mengekalkan jarak selamat.



"Ini akan memperlahankan penularan virus dan membantu mengawal penularan wabak seperti kelompok di KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong," kata Encik Lee.



Beliau, yang juga Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, menambah kes terkini di Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon akan menyusahkan penduduk tetapi menggesa mereka agar bersabar mengharungi tempoh ini seketika sementara pemerintah berusaha menanganinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >