Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RADIKALISASI DALAM TALIAN

Keluarga main peranan penting kekang radikalisasi dalam talian

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



PENAHANAN seorang remaja yang menjadi radikal sendiri dan di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini meningkatkan keperluan bagi campur tangan keluarga yang lebih mantap dan kewaspadaan masyarakat.



Juga terdapat keperluan untuk mengukuhkan peranan rangkaian komuniti berasaskan keluarga bagi melindungi belia daripada radikalisasi dalam talian.



Muhammad Irfan Danyal, pelajar posmenengah, telah ditangkap di bawah ISA kerana menyokong IS dan merancang melakukan keganasan di dalam dan luar negara.



Remaja itu telah menyerap propaganda IS secara meluas dalam talian secara dan menjadi yakin dengan kesahan kumpulan pengganas tersebut.



Kegiatan radikalnya termasuk mencacak bendera buatan sendiri yang diilhamkan oleh Al-Qaeda di Pulau Coney pada Hari Kebangsaan Ogos lalu dan menamakannya "Negara Islam Singhafura (Singapura)."



Irfan juga berhasrat membunuh orang bukan Islam, Syiah dan Muslim Sufi.



Irfan ialah pemuda ketiga yang menjadi radikal diri sendiri yang ditahan sejak 2020.



Trend radikalisasi diri ini menunjukkan keperluan untuk strategi jangka panjang dan tindak balas holistik yang mantap, terutama yang berasaskan masyarakat untuk menangani masalah radikalisasi dalam talian.



Sebagai unit terkecil dan paling rapat dalam sesebuah komuniti, institusi keluarga menjadi kunci utama.



Keluarga paling penting daripada banyak rangkaian sosial untuk membentuk dan mengubah suai perspektif individu tentang tingkah laku, nilai dan norma.



Selalunya keluarga yang menjadi rakan kongsi kurang digunakan dalam usaha menentang ekstremisme ganas - satu pengiktirafan terhadap peranan kritikal yang boleh dimainkan oleh ibu bapa akan membuka jalan untuk memperkasa keluarga sebagai barisan pertama pertahanan terhadap radikalisasi dalam talian.



PERKUKUH RANGKAIAN BERASAS KELUARGA



Campur tangan keluarga boleh menjadi sebahagian daripada instrumen dasar pencegahan yang menyediakan benteng pertahanan pertama terhadap radikalisasi belia dan perekrutan ke dalam kumpulan ekstremis yang ganas.



Keluarga mempunyai potensi untuk menerapkan nilai dan sikap positif kepada anak muda tentang kewujudan bersama menggarap kedamaian dan tanpa kekerasan.



Keluarga menjadi pusat utama untuk memantau tanda-tanda awal anak-anak mereka menjadi radikal dan jika ada, untuk mengelakkan masalah daripada menjadi lebih mendalam dan berakar umbi.



Menurut Daniel Koehler, pakar radikalisasi dan deradikalisasi, anggota keluarga dan rakan sebaya adalah sumber atau rakan kongsi yang penting dalam campur tangan awal.



Mereka boleh menyokong campur tangan polis dan agensi negara untuk membantu mereka dalam mengenal pasti tanda-tanda awal radikalisasi, kerentanan atau keperluan tertentu.



Pihak berkepentingan perlu mengesahkan semula peranan rangkaian sosial berasaskan keluarga sebagai tonggak penting dalam membina daya tahan masyarakat terhadap radikalisasi.



Malangnya, keluarga sering dianggap tidak cukup dilengkapi dengan pengetahuan atau instrumen yang diperlukan untuk menangani radikalisasi.



Ini dikaitkan dengan zaman sekarang yang pesat dengan kemajuan teknologi dan digabungkan dengan keluarga yang mempunyai dwipendapatan - bermakna golongan dewasa kurang masa dan tenaga untuk membina pengetahuan serta kemahiran mereka untuk mencegah radikalisasi dan untuk mengawasi atau memantau anak-anak mereka dengan berkesan.



Oleh itu, pendekatan model institusi awam yang melibatkan agensi penguatkuasaan undang-undang, sekolah dan organisasi agama bekerjasama dengan keluarga amat diperlukan untuk membangunkan satu siri campur tangan peringkat awal.



Memperkasa keluarga dengan bermakna dan pendidikan yang sesuai akan membantu menangani isu perkembangan kanak-kanak, terutamanya yang timbul daripada permulaan remaja ketika mereka bertembung dengan penggunaan media sosial yang tidak terkawal, justeru menjadikan golongan muda lebih terdedah kepada ekstremisme ganas.



Dalam kes Irfan, anggota keluarganya tidak menyedari rancangannya untuk melakukan pengganasan.



Apa yang dapat dilihat ialah Irfan telah menjelaskan fahaman pelampau dan kepercayaannya menyokong IS di platform media sosial.



Dengan perlakuan remaja belia radikal memperlihatkan kelakuan sebegini, anggota masyarakat termasuk rakan, jiran dan keluarga harus dibawa bersama untuk membantu memantau penggunaan Internet anak-anak dan membantu dalam mengesan perubahan sikap atau tingkah laku.



KENAL PASTI TANDA AWAL RADIKALISASI



Menyedari bahawa unit keluarga adalah barisan pertahanan pertama, usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa.



Sebagai permulaan, rangka kerja berstruktur untuk melengkapkan semua keluarga dengan instrumen untuk mengenal pasti tanda-tanda radikalisasi mestilah dilaksanakan.



Ini adalah kerana anggota keluarga lebih berupaya untuk melihat tanda-tanda awal memandangkan keakraban dan kedekatan mereka dengan orang tersayang.



Tanda-tanda amaran radikalisasi ini penting yang harus diperhatikan oleh anggota keluarga termasuk:



1. Mewajarkan penggunaan keganasan untuk mempertahankan sesuatu perkara;



2. Menyatakan niat untuk mengambil bahagian dalam tindakan keganasan di dalam atau di luar negara, atau menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama;



3. Mengidolakan personaliti pengganas;



4. Menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas di media sosial; dan



5. Kerap mengunjungi laman web radikal atau cuba menjalin hubungan dengan ideologi radikal



Jika mengesyaki berlaku radikalisasi, ibu bapa dan anggota keluarga lain mesti menyedari bahawa jika mereka melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa seawal mungkin, mereka sebenarnya membantu anak mereka.



Penyelidikan telah menunjukkan bahawa keluarga terdekat memainkan peranan utama dalam mencegah kanak-kanak daripada radikalisasi selanjutnya.



Oleh itu, melaporkan kepada pihak berkuasa perlu digalakkan dan difahami sebagai tindakan yang diambil demi kepentingan orang tersayang.



Memperkasa keluarga dengan pemahaman yang betul tentang agama akan membolehkan mereka mengesan dan mengatasi sebarang penyelewengan dalam tingkah laku dan pemahaman anak-anak mereka terhadap agama.



Pelampau sering menyembunyikan niat sebenar mereka di sebalik tabir agama.



Oleh itu, pengikut agama harus tangkas dan cukup arif untuk mendedahkan kebenaran dan tidak tunduk kepada ideologi ganas mereka.



PERKASA KELUARGA



Keluarga sebagai sebuah institusi sentiasa menjadi asas yang menyediakan kestabilan masyarakat.



Oleh itu, sebarang usaha untuk mengukuhkan daya tahan unit keluarga adalah satu langkah besar ke arah yang betul, terutamanya dalam konteks melawan ekstremisme dan mengurangkan pengaruhnya dalam masyarakat.



Justeru, kepentingan daya usaha pemerintah dan masyarakat untuk menyediakan sokongan khusus untuk ibu bapa sebagai permulaan yang baik dalam mendidik anak-anak mereka sejak kecil untuk menjadi warganegara yang baik.



Ini adalah cara terbaik ke hadapan untuk membina generasi masa depan yang bersatu padu dan diberi imunisasi yang kuat terhadap pengaruh radikal.



Di Singapura, organisasi masyarakat seperti Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) menjalankan usaha jangkauan secara berkala melalui penglibatan peribadi dan forum untuk menyedarkan orang ramai kepada ancaman keganasan dan untuk mengukuhkan daya tahan masyarakat terhadap idea ekstremis.



Acara terkini ialah seminar yang dijalankan pada 11 Februari 2023 oleh Taman Bacaan dengan kerjasama RRG dan ACG.



Seminar bertajuk, Peranan Belia dalam Melawan Ekstremisme dan Memperkukuh Kesepaduan Sosial, dihadiri pelajar dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.



Sebagai kesimpulan, unit keluarga adalah satu-satunya alat yang paling berkuasa untuk mendekati golongan belia dalam masyarakat.



Mereka mesti diberi kuasa untuk memimpin keluarga mereka ke arah masa depan dengan keyakinan dan dilengkapi dengan pemahaman tentang cabaran dan kesulitan dalam talian.



Institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan daya usaha blok pembinaan berasaskan masyarakat kerana mereka menawarkan imuniti yang berkekalan dan penyelesaian barisan pertama dalam usaha membasmi ancaman radikalisasi dalam talian dalam jangka masa panjang.




► Ustaz Dr Mohamed Ali dan Ustaz Ahmad Saiful Rijal Hassan ialah Penolong Profesor dan Felo Penyelidik Bersekutu di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Mereka lulusan syariah Universiti Al-Azhar. Ustaz Ahmad Saiful Rijal merupakan kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), manakala Ustaz Dr Mohamed Pengerusi Bersama RRG. Artikel ini kali pertama disiarkan di laman web www.rsis.edu.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >