Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kemampuan bayar premium CareShield Hayat jadi keprihatinan AP Melayu

Jul 11, 2018 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) Melayu menyokong usulan insurans jagaan jangka panjang, CareShield Hayat, sebagai hala tuju yang wajar dalam menyediakan rakyat Singapura dengan pelan dimampui dan pembayaran tunai sepanjang hayat terutama bagi mereka yang mengalami keadaan kurang upaya.



Namun, mereka ketengahkan beberapa isu termasuk ketidakupayaan individu membayar premium CareShield kerana dana Medisave sudah habis atau individu yang bekerja secara bebas sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai Medisave yang mencukupi.



Penjagaan kesihatan jangka panjang akan menjadi keprihatinan berterusan bagi rakyat Singapura, lantas ia merupakan tanggungjawab bagi pemerintah menyediakan tahap penjagaan kesihatan terbaik bagi rakyat dan memastikan keadaan kewangan tidak berubah secara drastik disebabkan penjagaan kesihatan yang mahal, kata Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari (GRC Pasir-Ris Punggol).



Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) juga menyokong CareShield kerana ia memberi perlindungan tinggi walaupun premiumnya lebih tinggi dari ElderShield, kata Encik Saktiandi.



Namun, Encik Saktiandi menyoal jika pembayaran lebih tinggi diberikan skim itu dan premium tinggi dibayar rakyat boleh dikekalkan dalam jangka panjang.



"Tidak dinafikan pembayaran (premium) adalah melalui Medisave tetapi Medisave yang sama juga digunakan bagi pembayaran MediShield Life dan perbelanjaan hospital yang ditanggung dari masa ke semasa. Untuk mereka yang lanjut usia, adakah dana Medisave mencukupi untuk membayar premium?" tanya Encik Saktiandi.



Beliau menyatakan terdapat kes di mana seorang itu, terutama yang lanjut usia dan tidak bekerja, yang menggunakan semua dana Medisave untuk rawatan hospital, lantas tidak boleh membayar premium bagi CareShield.



Encik Saktiandi juga prihatin terhadap golongan pekerja yang bekerja sendiri atau sambilan yang tidak mampu membayar premium.



Lebih merumitkan lagi, golongan ini tinggal bersama ibu bapa mereka yang nilai tahunan (AV) rumah itu melebihi $13,000 dan tidak melayakkan mereka mendapat sokongan kewangan tambahan.



Encik Zainal juga menanyakan mengapa pemerintah mengambil keputusan mentadbir CareShield manakala keputusan serupa tidak diberi kepada ElderShield, yang ditadbirkan oleh sektor swasta.



"Bolehkah pemerintah menanggung kos menukar semua anggota ElderShield kepada CareShield yang baru ini?" tanyanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >