Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemasukan langsung sekolah menengah dan JC bermula Mei; skim masuk awal poly bermula Jun

May 09, 2016 | 12:27 PM



PERMOHONAN bagi kemasukan langsung ke sekolah menengah dan maktab rendah (JC) tahun depan (2017) bermula bulan ini (Mei), umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan media pada Isnin (9 Mei).

Politeknik pula akan mula menerima permohonan bagi kemasukan awal pada Jun di bawah satu skim baru.

Di bawah skim kemasukan langsung, sekolah diberi fleksibiliti untuk mengambil pelajar mengikut kriteria berdasarkan merit mereka sendiri, berdasarkan bakat, pencapaian dan sifat peribadi pelajar.

Tahun ini, 118 sekolah akan mengambil bahagian dalam pengambilan pelajar ke menengah 1 pada 2017.

Di peringkat JC, 21 akan mengambil bahagian.

Pelajar berminat harus pergi laman web sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempoh permohonan dan prosedur, kata MOE.

Pemohon berjaya akan dipilih untuk kemasukan ke sekolah menengah atau JC sebelum keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan peperiksaan GCE peringkat 'O' diumum.

Mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam Kemasukan Menengah Satu atau Latihan Kemasukan Bersama (JAE), dan juga tidak boleh berpindah ke sekolah lain selepas pengumuman keputusan mereka.

Bagi pelajar berminat ke politeknik, MOE berkata latihan Kemasukan Langsung Politeknik (DPA) akan digantikan dengan Latihan Kemasukan Awal (EAE) bermula tahun ini. Latihan Kemasukan Khas Politeknik Bersama juga akan dimasukkan ke dalam EAE.

Kelima-lima politeknik mengambil bahagian dalam EAE.

Pelajar boleh memohon kemasukan awal berdasarkan bakat dan minat mereka dalam kursus tertentu yang telah dipohon mereka, manakala mereka yang mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seperti kepimpinan, sukan dan seni juga boleh dipertimbangkan.

Yang berjaya dalam permohonan mereka akan diberi tawaran bersyarat sebelum mereka mengambil peperiksaan GCE peringkat 'O', tetapi mereka yang telah menerima tempat melalui EAE tidak boleh mengambil bahagian dalam JAE.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh melayari laman web berikut.

Secondary schools

Junior colleges

Polytechnics




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >