Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembali ke pejabat, tertakluk pada status vaksinasi

Sedang Singapura menyambut tahun baru, berikut adalah lapan perubahan utama pada 2022
Jan 05, 2022 | 05:30 AM



MULAI 1 Januari, Singapura telah melonggarkan peraturan bekerja di rumah dan membenarkan 50 peratus daripada mereka yang bekerja di rumah kembali ke pejabat.



Pekerja yang kembali ke tempat kerja perlu divaksin sepenuhnya atau telah pulih daripada Covid-19 dalam 180 hari sebelumnya.



Namun antara 1 Januari dengan 14 Januari, pekerja yang tidak divaksin akan dibenarkan dalam pejabat sekiranya mereka mempunyai keputusan ujian pra-acara (PET) yang perlu sah selama tempoh mereka diperlukan untuk hadir.



Kebenaran ini akan ditarik balik mulai 15 Januari, dan pekerja yang tidak divaksin tidak akan dibenarkan pulang ke tempat kerja walaupun mereka diuji negatif Covid-19.



Pekerja yang belum divaksin sepenuhnya - mereka yang telah mengambil sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 tetapi belum divaksin penuh - akan diberi tempoh sehingga 31 Januari untuk menyelesaikan pengambilan vaksinasi penuh mereka.



Sewaktu tempoh itu, mereka boleh ke tempat kerja dengan keputusan PET yang negatif.



Acara berkaitan kerja dihadkan kepada 50 peserta, tetapi had itu akan dinaikkan bagi acara dengan semua peserta kekal memakai pelitup dan duduk pada jarak selamat antara satu dengan lain.



Pengumpulan sosial di tempat kerja terus tidak dibenarkan.




Bersihkan meja berkuat kuasa di medan selera dan kedai kopi



MEREKA yang menjamu selera di medan selera dan kedai kopi perlu memulangkan pinggan mangkuk dan membersihkan meja mereka mulai 1 Januari, atau mereka boleh didenda. Ini menyusuli tempoh peringatan selama dua bulan.



Sampah di meja termasuk kertas tisu terpakai, kertas tisu basah, straw, minuman dalam tin, botol plastik dan sisa makanan.



Pesalah kali pertama yang tidak mematuhi peraturan itu akan diberi amaran bertulis.



Pesalah kali kedua pula akan dikenakan denda komposisi $300 manakala pesalah berulang boleh dikenakan denda mahkamah sehingga $2,000 bagi sabitan pertama.



Penguatkuasaan peraturan itu di pusat penjaja telah mula September lalu.




Polis punya kuasa tambahan di bawah pindaan akta pasukan polis



MULAI 1 Januari, pegawai polis mempunyai kuasa untuk memecah masuk sebarang tempat jika ada kecemasan perubatan dengan tujuan mengelakkan kecederaan atau kematian.



Kuasa tambahan itu akan dilanjutkan kepada pegawai polis khas, termasuk anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa dan pegawai polis sukarelawan khas, yang kini hanya mempunyai kuasa menyiasat, tanpa kuasa pengawasan.



Polis ehwal komersial yang membuat siasatan terhadap jenayah komersial dan kewangan juga akan diberikan kuasa tambahan dan boleh memberkas individu yang memiliki barangan curian.



Di bawah pindaan tersebut, akta itu juga menetapkan dengan jelas kuasa sedia ada pegawai polis untuk meletak pengadang bagi mengawal kesesakan manusia dan menjadikan sebagai satu kesalahan perbuatan tidak mematuhi arahan polis agar tidak melepasi adangan itu.



Denda lebih tinggi juga dikenakan bagi pemandu yang mengelak sekatan jalan raya.




Waktu talian jagaan nasional dipendek



TALIAN Jagaan Nasional, yang memberi bantuan psikologi dan sokongan emosi kepada mereka yang menghubungi, telah memendekkan waktu operasinya mulai 1 Januari.



Talian itu akan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari, bukan lagi dari 8 pagi hingga tengah malam.



Mereka yang menelefon talian itu setelah 8 malam akan disalurkan ke talian bantuan alternatif di mana mereka boleh mendapatkan bantuan relevan.




Denda lebih berat bagi penunggang basikal yang tidak patuh peraturan trafik



MULAI 1 Januari, denda ke atas penunggang basikal yang tidak mematuhi peraturan dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya akan digandakan kepada $150, berbanding $75 sebelum ini.



Denda komposisi itu akan dikenakan bagi mereka yang melanggar peraturan sedia ada, termasuk tidak berhenti di lampu merah, menunggang seiring penunggang basikal lain di jalan raya yang mempunyai satu laluan, dan menunggang di lebuh raya.



Dalam peraturan baru juga, penunggang basikal hanya boleh berbasikal dalam kumpulan hingga 10 penunggang dalam dua barisan, dengan lima penunggang dalam satu barisan di jalan raya.



Bagi kes lebih serius, penunggang basikal boleh didenda sehingga $1,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan bagi kesalahan pertama.



Pesalah berulang boleh didenda sehingga $2,000 dan/atau dipenjara sehingga enam bulan.




CPF, PEKERJA TUA, KESIHATAN 



Kadar sumbangan CPF dinaikkan bagi pekerja lebih tua



KADAR sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka yang berusia 55 tahun hingga 70 tahun telah dinaikkan mulai 1 Januari.



Kenaikan itu memerlukan majikan dan pekerja menyumbang sama ada 0.5 mata peratusan atau 1 mata peratusan tambahan bagi pekerja berusia lebih 55 tahun hingga 70 tahun, berdasarkan umur mereka.



Ini akan dimasukkan ke Akaun Khas mereka bagi meningkatkan simpanan persaraan mereka.



Bagi mereka yang berusia 55 tahun hingga 60 tahun, kadar sumbangan CPF akan dinaikkan kepada 28 peratus daripada 26 peratus.



Kadar bagi mereka yang berusia 60 tahun hingga 65 tahun akan dinaikkan ke 18.5 peratus daripada 16.5 peratus, dan bagi mereka yang berusia 65 tahun ke 70 tahun, ia meningkat ke 14 peratus daripada 12.5 peratus.



Kadar bagi pekerja yang berusia lebih 70 tahun tidak berubah dan kekal pada 12.5 peratus.




Perubahan kepada jumlah jagaan kesihatan asas dan jumlah persaraan asas



JUMLAH Jagaan Kesihatan Asas bagi pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang berusia di bawah 65 tahun akan dinaikkan daripada $63,000 kepada $66,000.



Jumlah Jagaan Kesihatan Asas ialah anggaran bagi simpanan yang diperlukan untuk menampung keperluan jagaan kesihatan selepas subsidi bagi seseorang semasa usia tua.



Ia disesuaikan setiap tahun bagi pencarum CPF berusia di bawah 65 tahun, selaras dengan penggunaan MediSave yang bertambah.



Jumlah ini tidak akan diubah apabila pencarum mencapai usia 65 tahun dan akan dikekalkan bagi sepanjang hayat mereka.



Sementara itu, Jumlah Persaraan Asas bagi pencarum yang berusia 55 tahun pada 2022 juga akan dinaikkan ke $96,000 daripada $93,000 pada 2021.



Pencarum CPF boleh menerima bayaran bulanan sepanjang hayat untuk membiayai perbelanjaan asas mereka mulai usia 65 tahun.



Ia dinaikkan sebanyak kira-kira 3 peratus berbanding kohort pada tahun sebelumnya, untuk memenuhi keperluan peningkatan taraf hidup dan inflasi jangka panjang.




Pelepasan cukai lebih tinggi bagi pencarum CPF yang tokok akaun



PENCARUM yang memberi tokokan kepada akaun CPF mereka secara tunai boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $8,000 dalam setahun, satu peningkatan daripada $7,000.



Mereka juga boleh menikmati pelepasan cukai berjumlah $8,000 apabila mereka menokok akaun CPF orang tersayang mereka.



Had dalam pelepasan cukai ini adalah untuk tokokan ke akaun Khas, Akaun Persaraan dan MediSave.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >