Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen #InspirasiSG bagi cungkil kisah inspirasi

Jun 18, 2019 | 05:30 AM



FIKIR sejenak, lihat di sekeliling.



Siapa yang telah menyentuh hati anda kerana telah mengatasi pelbagai cabaran demi mencapai kejayaan?



Ataupun telah memberi anda inspirasi disebabkan kecekalan dan ketabahan mereka?



Kongsi kisah mereka.



Inilah yang ingin digalakkan kempen #InspirasiSG, yang mula dilancarkan semalam.



Dengan cogan kata 'Hidup Berbakti, Ikhlas Berbudi', kempen tersebut diterajui M Kuasa Tiga (M³) yang merangkumi Mendaki, Muis dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam pos Facebook beliau semalam, kempen ini bertujuan mencungkil kisah-kisah inspirasi dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam yang telah memacu masyarakat sebagai sebuah Masyarakat Gemilang.



Dalam ucapannya Jumaat lalu di satu majlis perjumpaan Hari Raya, Encik Masagos mengupas ciri-ciri yang membentuk Masyarakat Gemilang.



"Seperti ucapan saya Jumaat lalu, nilai-nilai murni yang kita miliki iaitu keperibadian mulia, kecekapan yang baik dan kewarganegaraan yang kukuh menjadi teras kemajuan kita," tambahnya dalam catatan Facebook tersebut.



Beliau turut berkongsi video yang disebarkan oleh M3, menggambarkan dilema seorang murid bernama Afiq, yang bingung memikir siapa dari anggota keluarganya yang patut disifatkan sebagai sumber inspirasi dan dibawa ke sekolah.



Ia kemudiannya menceritakan bagaimana Afiq akhirnya lebih mengenali ahli keluarganya yang sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi kepada beliau.



Video tersebut, yang memperkenalkan kempen #InspirasiSG, turut menggalakkan orang ramai untuk menunjukkan penghargaan kepada insan berinspirasi daripada masyarakat Melayu/Islam dengan berkongsi kisah mereka.



Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang akan berlangsung sehingga 7 Julai.



Kisah-kisah inspirasi itu boleh dikongsi menerusi Facebook, Instagram, e-mel atau menerusi pos.



Sebanyak 10 kisah inspirasi terbaik akan dipilih dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga $500.



Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.m3.sg/inspirasisg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >