Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kempen Keselamatan Jalan Raya Singapura dilancarkan secara dalam talian

Jun 02, 2020 | 12:30 PM

BULAN Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSM) dilancarkan secara dalam talian hari ini.

Kempen selama sebulan ini dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) dan Polis Trafik (TP). 

Dalam kenyataan bersamanya hari ini, SRSC dan TP menyatakan, tema bagi kempen yang telah memasuki tahun kelapan ini ialah "Keselamatan Jalan Raya untuk Semua”.

"Ia memberi tumpuan dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dan mendorong pengguna agar memainkan peranan menjaga keselamatan jalan raya," kata mereka. 

Semasa kempen ini, poster dan sepanduk akan dipaparkan di kereta api, tempat perhentian bas dan tiang lampu di kawasan perumahan dan sekitar sekolah untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai amalan keselamatan jalan raya yang baik.

Kempen ini mendapat sokongan dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Kementerian Pendidikan (MOE), Persatuan Rakyat (PA) dan Persatuan Automobil Singapura (AAS).

SRSC dan TP akan meningkatkan usaha tentang keselamatan jalan raya secara dalam talian dan iklan seranta bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab semasa di jalan raya. 

Komander Polis Trafik, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Encik Gerald Lim, berkata: "Setiap orang mempunyai peranan untuk menjaga keselamatan jalan raya di Singapura. 

"Bulan Keselamatan Jalan Raya Singapura adalah peringatan tepat pada masanya kepada semua pengguna jalan raya untuk mengamalkan sikap yang baik setiap hari."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3