Kempen Rice of Hope dilancar demi bantu keluarga Melayu/ Islam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kempen Rice of Hope dilancar demi bantu keluarga Melayu/ Islam

May 21, 2020 | 12:35 PM

Kempen Rice of Hope dilancar demi bantu keluarga Melayu/ Islam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
(Dari kiri) Encik Ronnie Faizal Tan, Naib Presiden (Operasi) HAO Mart Pte Ltd, Encik Farid Hamzah, Pengarah Komunikasi Korporat dan Pembangunan Sumber PPIS dan Encik Mohamed Khair bin Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif SuChi Success Initiatives Pte Ltd dengan beras CHAOO. - Foto PPIS
(Dari kiri) Encik Ronnie Faizal Tan, Naib Presiden (Operasi) HAO Mart Pte Ltd, Encik Farid Hamzah, Pengarah Komunikasi Korporat dan Pembangunan Sumber PPIS dan Encik Mohamed Khair bin Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif SuChi Success Initiatives Pte Ltd dengan beras CHAOO. - Foto PPIS -

SATU kempen mengumpul dana 'Rice of Hope' telah dilancarkan pada 18 Mei lalu oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dengan kerjasama HAO Mart.

Kempen tersebut yang akan berlangsung selama setahun bertujuan membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu/ Islam di sini.

Usaha tersebut melibatkan penjualan beras jenama CHAOO yang dijual di HAO Mart, dengan sebahagian hasil penjualan akan disalurkan kepada penerima bantuan PPIS.

Beras tersebut merupakan beras Thailand yang bermutu tinggi yang ditanam dalam tanah kaya dengan khasiat.

Dijual pada harga $12.90 sepaket, $2 akan didermakan kepada penerima bantuan PPIS. Setiap paket seberat lima kilogram.

Mengulas tentang kempen yang bakal berakhir pada Mei 2021, Naib Presiden (Operasi) HAO Mart, Encik Ronnie Faizal Tan, berkata:

"Daya usaha mengumpul dana Rice of Hope ini merupakan usaha berasaskan masyarakat yang bertujuan menaikkan dan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu/ Islam.

"Dengan hanya membeli beras, mereka dapat menyumbang dengan mudah ke PPIS yang boleh membantu masyarakat."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg