Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Kepelbagaian budaya dalam Chingay dirai dengan tarian Melayu moden

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS persandingan pengantin Melayu... di bawah laut.



Tema yang dipilih bagi persembahan perarakan Chingay tahun ini mungkin bukan konsep yang terlintas di fikiran ramai apabila menyebut tentang tarian Melayu.



Namun, bagi aditari, Encik Osman Abdul Hamid, dan anak buahnya, Encik Zairin Abdul Latiff, ia memaparkan aspek tradisional tarian Melayu dengan suntikan kemodenan.



Konsep dan persembahan itu merupakan usaha bersama kededua pereka tari itu bagi persembahan tahun ini yang bakal diadakan di Jewel, Lapangan Terbang Changi pada 12 Februari.



Menurut Encik Osman, yang juga merupakan Pengarah Artistik kumpulan seni setempat, Era Dance Theatre (EDT), beliau dan kumpulannya biasanya akan cuba mencari elemen baru yang boleh membezakan persembahan tahun demi tahun.



Sedang Chingay meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini, Encik Osman boleh dikatakan telah turut serta dalam hampir kesemua perarakan yang diadakan.



Beliau mula turut serta sebagai penari sejak berusia 16 tahun pada 1978, dua tahun selepas elemen persembahan pelbagai budaya diterapkan dalam perarakan tersebut, yang pada asalnya bertujuan meraikan perayaan Tahun Baru Cina.



Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 penyertaannya dalam perarakan Chingay dan pesta tersebut kekal sebagai salah satu persembahan cukup bermakna baginya yang dinantikan setiap tahun.



Malah, bagi Encik Osman yang telah memainkan peranan sebagai pereka tari bagi perarakan tersebut sejak 1992, Chingay juga merupakan wadah yang baik bagi melatih dan mendedahkan anak buahnya kepada kepelbagaian budaya dan seni di Singapura dan juga luar negara.



"Meskipun acara ini diadakan sempena Tahun Baru Cina, ia sebenarnya perarakan yang dinikmati dan diraikan pelbagai lapisan masyarakat.



"Kita akur hidup berbilang bangsa di Singapura, dan melalui wadah ini kita dapat berkumpul dan mempelajari aspek kebudayaan berbeza masyarakat lain, dan saya ingin anak buah saya didedahkan kepada persekitaran ini dan meneruskannya untuk generasi akan datang," katanya.



Meskipun generasi akan datang perlu mewarisi tradisi dan seni tarian Melayu dari generasi sebelumnya, mereka juga perlu diberikan ruang untuk berfikir dalam menentukan hala tuju seni akan datang.



"Kita akur dengan perubahan zaman, dari sudut kehidupan, pemikiran, teknologi, dan generasi akan datang akan menghadapi tentangan yang berbeza (dalam menghidupkan budaya tarian) jika dibandingkan dengan saya.



"Untuk itu, kita juga perlu berikan mereka ruang untuk menggunakan daya pemikiran dan kreativiti mereka sendiri," katanya.



Encik Zairin, yang juga merupakan anggota EDT dan telah berguru dengan Encik Osman selama lebih 30 tahun, berharap dapat menyemarakkan lagi seni tarian Melayu dan menyesuaikannya supaya ia terus kekal relevan.



Beliau menganggap Encik Osman sebagai seorang 'bapa' yang telah meninggalkan kesan positif dalam dirinya, baik dalam mengejar minatnya dalam bidang tarian dan juga membentuk dirinya sebagai seorang individu.



"Saya mengenalinya lebih separuh hidup saya, dan beliau bukan sahaja guru saya dalam bidang tarian atau koreografi tetapi juga dalam kehidupan, terutama sekali dalam menjaga tatatertib sebagai anggota masyarakat," kata Encik Zairin, 42 tahun, yang bekerja sepenuh masa sebagi jurulatih tarian di sekolah-sekolah.



Menyentuh tentang kelainan persembahan Chingay tahun ini, Encik Zairin berkata konsep persembahan di Jewel agak berbeza kerana perarakan tahun ini diadakan di keliling pancuran air Rain Vortex di Jewel.



"Persembahan dan koreografi kami juga memang lain daripada yang lain, tak kelihatan seperti tarian Melayu tradisional biasa," ujarnya.



Orang ramai boleh menonton siaran langsung perarakan tersebut di laman Chingay.




"Meskipun acara ini diadakan sempena Tahun Baru Cina, ia sebenarnya perarakan yang dinikmati dan diraikan pelbagai lapisan masyarakat.

Kita akur hidup berbilang bangsa di Singapura, dan melalui wadah ini kita dapat berkumpul dan mempelajari aspek kebudayaan berbeza masyarakat lain..."

- Encik Osman Abdul Hamid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >