Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepelbagaian pandangan di S'pura perlu dihormati: Iswaran

Ambil pendirian jelas terhadap sikap perkauman, usah biarkan tindakan keterlaluan, adakan dialog jujur dan membina bagi perkukuh kepercayaan, rasa hormat
Jul 18, 2021 | 05:30 AM



PERSPEKTIF generasi dan bangsa yang berlainan di Singapura harus sentiasa diakui dan dihormati sebagai cara kita memupuk persefahaman serta mengembangkan ruang bersama.



Berkata demikian di seminar mengenai keharmonian antara kaum anjuran Jamiyah Singapura, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, menekankan bahawa kepelbagaian pandangan yang mencerminkan realiti hidup rakyat harus menjadi asas hubungan antara kaum di Singapura.



Seminar yang disokong Persatuan Rakyat, bertajuk Di mana keharmonian kaum di Singapura: Apa lagi yang harus dilakukan itu, membincangkan mengenai usaha berterusan dalam memupuk dan memperkukuhkan keharmonian kaum dan perpaduan sosial di sini.



Ini berikutan insiden perkauman yang dilihat semakin meluas berlaku di tempat awam sejak kebelakangan ini.



Justeru, dalam menentukan hala tuju keharmonian kaum di Singapura seterusnya, Encik Iswaran mengemukakan tiga cadangan bagi mengatasi isu perkauman.



Pertama, sebagai sebuah masyarakat, Singapura harus mengambil pendirian jelas terhadap sikap perkauman - di mana dan bila-bila masa sahaja.



"Kita adalah lebih baik berbanding individu yang bertindak tidak sensitif, yang lahir daripada sikap kejahilan atau prasangka. Akhirnya, nilai kita sebagai sebuah masyarakat harus ditunjukkan secara jelas dalam kata-kata kita dan tindakan kita," kata beliau.



Kedua, Encik Iswaran berkata rakyat Singapura tidak harus membiarkan tindakan keterlaluan segelintir individu mencemar kerja baik ramai atau mempengaruh orang ramai supaya bersikap ekstrem.



Menurutnya, Singapura telah mencapai tahap sekarang ini sebab setiap masyarakat telah mengamalkan kesederhanaan, dan dengan segala cara, menahan diri daripada hanya menuntut haknya.



"Kita telah menyedari bahawa masyarakat kita adalah sesuatu yang berharga, yang harus dipupuk dan dikongsi bersama dengan perasaan saling menghormati dan menerima," ujar beliau.



Yang ketiga, Encik Iswaran menegaskan pentingnya mengadakan dialog jujur dan membina dengan tujuan mengukuhkan kepercayaan, rasa hormat dan penyesuaian antara satu sama lain.



Beliau berkata dialog sedemikian juga perlu diadakan antara golongan pelbagai generasi.



"Banyak dapat diperoleh daripada kebijaksanaan dan pengalaman warga Singapura yang lebih tua dengan idealisme dan tenaga warga lebih muda Singapura, untuk membangun sebuah Singapura yang lebih adil dan setara.



"Sekiranya kita melakukannya dengan perasaan saling menghormati dan fikiran terbuka, perkongsian bersama seperti ini dapat memperkaya kesamaan kita, dan membawa masyarakat kita kepada kemajuan," kata Encik Iswaran.



Seminar hibrid semalam, yang diadakan secara fizikal di Pusat Islam Jamiyah dan disertai hadirin menerusi aplikasi Zoom, turut mengetengahkan perbincangan panel.



Mereka terdiri daripada Timbalan Pengerusi Eksekutif Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dan Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik (IDSS), Duta Kelana Ong Keng Yong; Pengarah Pusat bagi Kepimpinan Pendidikan di Institut Latihan Wawasan, Profesor Kirpal Singh; Setiausaha Agung Gerakan Berbudi Singapura, Dr William Tan; Editor media sosial akhbar Today, Cik Bryna Sim; dan Pengarah Kanan, Jamiyah Singapura, Profesor Hussin Mutalib.



Naib presiden kanan ketiga Jamiyah, Dr Isa Hassan, menjadi moderator perbincangan itu.



Presiden Jamiyah, Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, dalam ucapannya di seminar itu menggesa orang ramai meraikan kepelbagaian dan melihatnya sebagai satu kekuatan dan bukan sebagai alat memecahbelahkan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >