Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE 'A' Selasa depan

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' tahun lepas akan menerima keputusan mereka pada Selasa depan pada jam 2 petang.



Calon sekolah akan menerima keputusan mereka di bilik darjah masing-masing, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.



Hanya calon yang mengambil keputusan mereka akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan mereka harus mematuhi langkah-langkah pengurusan keselamatan yang telah ditetapkan.



Calon sekolah yang telah menerima amaran risiko kesihatan oleh Kementerian Kesihatan akan dibenarkan mengambil keputusan mereka sendiri, jika mereka diuji negatif menggunakan ujian pantas antigen pada hari keputusan dikeluarkan sebelum ke sekolah.



Mereka yang tidak sihat atau perlu mengasingkan diri kerana keputusan ujian positif Covid-19 tidak boleh kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka, menurut kenyataan itu.



Keputusan mereka boleh disemak melalui Portal Calon SEAB mulai jam 2.45 petang dan boleh diakses dari 22 Februari hingga 8 Mac menggunakan akaun Singpass mereka.



Calon persendirian akan dimaklumkan tentang keputusan mereka melalui pos pada 22 Februari ke alamat yang diberikan kepada SEAB.



Mereka yang layak menggunakan Singpass juga boleh menggunakan akaun mereka untuk mendapatkan keputusan dalam talian melalui Portal Calon SEAB, sama seperti susunan calon sekolah.



Calon persendirian yang bukan pemegang Singpass akan menerima nama pengguna mereka yang dijana sistem melalui e-mel.



Pelajar juga boleh melawat portal MySkillsFuture untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan pendidikan, laluan kerjaya dan kursus yang tersedia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >