KERJA-KERJA naik taraf bagi Rumah Peralihan Rise Above - rumah peralihan sekular untuk wanita yang pertama di sini - sudah bermula, dengan rumah itu akan menampilkan kemudahan seperti ruang komputer untuk membolehkan penghuni mempertingkat kemahiran supaya boleh mendapat pekerjaan dan hidup lebih berdikari.
Berkongsi perkembangan mengenai rumah peralihan itu semalam, presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, berkata sejauh ini, kerja-kerja naik taraf berjalan lancar dan mengikuti jadual yang ditetapkan.
Rumah itu dijangka menerima kumpulan 30 penghuni yang pertama pada separuh kedua tahun ini.
Rumah Peralihan Rise Above, yang terletak di 1 St George's Lane, merupakan sebuah kerjasama antara PPIS dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) untuk menempatkan pesalah wanita yang menjalani program pemulihan dalam masyarakat.
Antara program yang akan disediakan buat penghuni rumah itu adalah program kemahiran dan kehidupan berdikari yang membolehkan mereka meraih kemahiran seperti memasak, membuat kek dan roti, dan menjahit.
Program seperti riadah, kegiatan menjalin ikatan bersama keluarga dan peluang melakukan kerja sukarelawan dan terlibat dalam projek khidmat kemasyarakatan juga dirancang diadakan.
Cik Hazlina berkata: "Pokoknya, mereka di sini untuk kami sokong dan latih supaya mereka dapat kembali bersama menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan juga dengan keluarga."
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu
Sebagai satu langkah proaktif untuk mempromosikan kelestarian dan kreativiti, Marina Square bergabung dengan Peace of Art, sebuah badan bukan meraih untung tempatan yang menyokong kanak-kanak
Dengan cuaca panas dan indeks ultraungu (UV) yang meningkat pada akhir Mac, dan dijangka berterusan sepanjang April dan Mei, para doktor dan pakar menasihatkan orang ramai supaya memakai tidak hanya
Seorang kenalan dari Indonesia memberitahu beliau kagum dengan masyarakat Islam di Singapura yang meraikan Hari Raya dengan kunjung-mengunjungi satu keluarga dengan lain selama sebulan lamanya.
Di

Semalam, PPIS bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, telah mengunjungi 'jiran-jiran' Rumah Peralihan Rise Above, iaitu penduduk di Blok 3 St George's Road, untuk memperkenalkan rumah peralihan itu kepada mereka.
Cik Hazlina berkata selain kerjasama dengan rakan akar umbi, PPIS akan secara aktif cuba merancang cara bekerjasama dengan rakan korporat, badan bantu diri dan badan wanita lain untuk sama-sama menjalankan kegiatan rumah peralihan itu.
"Ini merupakan rumah peralihan wanita sekular pertama di Singapura. Jadi ini usaha kita bersama.
"Antara yang akan kami lakukan termasuk meneruskan kegiatan untuk mendekati jiran-jiran dan juga mereka yang ingin membantu mempertingkatkan dan membangkitkan wanita," kata beliau.