Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki manfaat teknologi demi pertingkat mutu program dan khidmat

Jan 13, 2018 | 06:30 PM



 





MENDAKI akan memanfaatkan teknologi menerusi penggunaan analitik data demi mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran serta menilai hasil Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Badan bantu diri itu menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) di Sekolah Rendah Northland di Yishun pagi tadi untuk bekerjasama bagi tujuan itu.



Di bawah MOU itu, Mendaki dan SUSS akan melaksanakan projek analitik dan perkongsian ilmu.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata dengan memanfaatkan teknologi sedemikian, ia akan membolehkan Mendaki melakukan analitik ramalan, di mana data kini dan masa lalu yang dianalisa akan dijadikan rujukan bagi membuat ramalan tentang masa depan.



Misalnya, dengan menganalisa data MTS, yang dimulakan sekitar 35 tahun lalu, dapat dikenal pasti pelajar yang memerlukan pertolongan lebih terperinci.



Dengan itu, pelajar tersebut dapat diberi bantuan lebih awal bagi meningkatkan prestasi pendidikannya.



“Kami mahu menggunakan data bagi membolehkan kami melakukan lebih banyak kerja ramalan dan jika kami boleh merancang awal, itu satu perkara yang baik... Jika kami boleh melakukan kerja yang lebih baik lagi dari segi meramal prestasi pelajar, kami boleh campur tangan lebih awal.



“(Contohnya) Ada pelajar yang mungkin memerlukan lebih banyak masa bagi meraih bantuan dalam sesetengah mata pelajaran dan sebagainya. Ia juga membolehkan kami memperuntukkan sumber dengan lebih baik dalam MTS,” kata beliau.



Dr Yaacob juga menambah bahawa penggunaan data analitik itu salah satu langkah bagi Mendaki memanfaatkan teknologi sebagai usaha menyumbang kepada daya usaha Negara Bijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >