Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MESYUARAT CHOGM

Kerjasama sejagat perlu agar perdagangan lancar: Vivian

Turut garis empat pengajaran utama yang negara boleh pertimbang dalam tangani cabaran sedunia
Jun 25, 2022 | 05:30 AM



NEGARA harus bekerjasama untuk memastikan perdagangan antarabangsa dapat terus berjalan lancar dan terbuka agar pemulihan sedunia selepas Covid-19 boleh bersifat inklusif, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, kepada menteri ehwal luar dari lebih 40 negara kelmarin.



Semasa bercakap di Mesyuarat Menteri Ehwal Luar Komanwel di Kigali, Rwanda, Dr Balakrishnan menarik perhatian bagaimana kejutan daripada pandemik ini pada mulanya mendorong sikap nativisme, atau keperibumian, serta sikap ingin melindungi kepentingan sendiri, dengan banyak negara bertindak secara sehala untuk melindungi kepentingan jangka pendek mereka sendiri.



Beliau berkata ini menyebabkan pelbagai gangguan terhadap rantaian bekalan dan banyak negara terpaksa menanggung akibatnya.



"Saya ingin menekankan bahawa kita harus menahan keinginan bersikap memandang ke dalam sahaja.



"Autarki, atau keadaan mampu diri dari segi ekonomi, tidak berdaya maju bagi negara kecil.



"Sebaliknya, kita perlu bekerjasama untuk memastikan agar perdagangan antarabangsa kekal berjalan lancar, mudah diramal, terbuka dan boleh dipercayai," ujarnya.



Mesyuarat tersebut diadakan sempena Mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) yang berlangsung di Kigali dari semalam hingga hari ini.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Dr Balakrishnan tiba di Kigali kelmarin untuk menghadiri acara itu.



Kelmarin, Dr Balakrishnan juga menggariskan empat pengajaran utama yang boleh dipertimbang negara dalam menangani cabaran sedunia.



Pertama, beliau menarik perhatian pentingnya memastikan rantaian bekalan yang boleh dipercayai bagi dunia.



Sementara banyak negara bersikap memandang ke dalam untuk melindungi kepentingan mereka sendiri, beliau berkata Singapura tekad memastikan aliran barangan, orang dan perkhidmatan yang terus terbuka.



"Kami tahu rantaian bekalan yang stabil dan berdaya tahan adalah penting untuk memastikan aliran berterusan barangan penting seperti makanan dan bekalan perubatan, yang diperlukan untuk terus hidup dalam pandemik atau pun perang," ujarnya sambil menambah, ini kekal relevan sekarang juga.



Kedua, Dr Balakrishnan turut menekankan bahawa sedang negara membina momentum pendigitalan ekoran Covid-19, mereka juga harus mengelak daripada jurang digital yang meluas dan memastikan tiada orang ketinggalan.



Ini bermakna usaha pendidikan dan latihan kemahiran digital yang meluas dan bersifat sejagat diperlukan selain pelaburan dalam prasarana yang baik serta memperluas akses kepada data dan barangan awam digital, tambahnya.



Ketiga, Dr Balakrishnan berkata sifat daya tahan, keyakinan dan modal sosial juga penting.



Menurutnya, hasil yang terbaik boleh dicapai dalam masyarakat yang mempunyai rasa saling percaya yang lebih kukuh antara rakyat serta terhadap institusi sosiopolitik mereka.



Berhubung kerjasama antarabangsa pula, Dr Balakrishnan berkata masyarakat sedunia perlu memastikan negara mendakap kerjasama berbilang hala yang terkini, responsif, saling terhubung dan mewakili kepentingan semua negara di Komanwel.



Menerusi laman Facebook beliau kelmarin, Encik Lee berkata beliau mengalu-alukan pertemuannya dengan pemimpin Komanwel dalam lawatannya itu untuk menyemak perkembangan dalam Komanwel dan berbincang isu sedunia serta mengesahkan lagi hubungan dengan rakan kerja Singapura.



Ini merupakan kali pertama dalam empat tahun Chogm - biasanya sebuah acara dua tahun sekali - dapat diadakan.



Acara itu ditangguh dua kali sebelum ini disebabkan Covid-19 dan kali terakhir diadakan di London pada 2018, yang turut dihadiri Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >