Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kes bocor dokumen sulit di AS: Tiada maklumat sensitif libat Mindef

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



TIADA maklumat sulit dari Singapura telah dilaporkan atau dikesan sejauh ini dalam insiden kebocoran dokumen keselamatan rahsia di Amerika Syarikat baru-baru ini, walaupun terdapat dua maklumat berkaitan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang ditemui dalam kes kebocoran itu, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How.



Bagaimanapun, dua maklumat itu bukan sensitif dan sudah pun diketahui umum, tambah beliau.



Satu maklumat tersebut adalah berkaitan penggunaan sistem pertahanan udara SPYDER oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Satu lagi pula adalah berkenaan Unit Sokongan Singapura Pertahanan British di Sembawang yang menyediakan khidmat sokongan terhadap kapal pelawat dari Australia, New Zealand dan Britain, yang merupakan anggota di bawah Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).



Menurut laporan, Biro Siasatan Federal (FBI) telah menahan seorang anggota Pengawal Kebangsaan Udara Amerika Syarikat berusia 21 tahun pada 13 April lalu, berkaitan kebocoran dokumen sulit itu yang mengandungi maklumat termasuk peta, kemas kini perisikan dan penilaian ke atas perang Russia di Ukraine.



"Keperluan untuk melindungi maklumat rahsia kita adalah satu tugas yang paling utama dan berterusan untuk Mindef dan SAF," kata Encik Heng di Parlimen pada Jumaat.



"Melindungi maklumat rahsia kita dengan selamat memerlukan pendekatan sistematik dan lapisan perlindungan, kedua-dua secara fizikal dan maya - sesuatu yang dilaksanakan semua pertubuhan pertahanan dan tentera untuk mengelakkan kebocoran maklumat penting."



Pada tahap keselamatan tertinggi, beliau berkata maklumat sulit di peringkat tertinggi disimpan dalam sistem yang mengasingkan komputer dan rangkaian serta menghalangnya daripada mewujudkan ketersambungan dengan luar. Hanya ketersambungan dalaman dan protokol ketat wujud bagi akses dan pemantauan.



Beliau menambah bahawa apabila berurusan dengan rakan luar, sama ada komersial atau antara pemerintah, terdapat perjanjian bagi perlindungan dan cara menangani maklumat sulit serta tanggungjawab bersama untuk melindungi maklumat sulit kedua-dua pihak.



Namun, terdapat had dalam cara Mindef atau SAF boleh mengawal atau memaksa piawaian perlindungan terhadap sistem mereka.



Justeru, piawaian keselamatan rakan luar itu membentuk bahagian penting dalam penilaian apabila Mindef memberikan kontrak, kata Encik Heng.



Meskipun wujudnya perlindungan paling ketat dalam semua sistem, Encik Heng berkata manusia merupakan potensi sumber dan punca bagi kebocoran berlaku.



Bahkan, percubaan memasuki sistem yang selamat dengan mengeksploitasi kelemahan individu yang mempunyai akses, dengan menggunakan e-mel pancingan dan kaedah lain, merupakan kejadian yang berlaku setiap hari.



"Langkah-langkah proaktif diambil untuk mendidik kakitangan kami mengurangkan kelemahan ini. Apabila pelanggaran keselamatan berlaku, terdapat proses yang telah ditetapkan untuk menyiasat dengan teliti dan mengenal pasti maklumat yang terjejas serta tahap kerosakan yang berlaku," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >