Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kes pancingan data akaun OCBC menerusi SMS: Bank jalankan siasatan mengenai jurang proses, MAS pertimbang ambil tindakan

Jan 17, 2022 | 11:22 PM



OCBC Bank akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti kekurangan pada prosesnya dan melaksanakan langkah sesuai untuk menangani beberapa masalah seperti kes penipuan pancingan data menerusi SMS yang dialaminya, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin (17 Januari).



Menyusuli semakan itu, MAS, selaku pengawal atur sektor kewangan Singapura, akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan yang sewajarnya.



Hampir 470 pelanggan bank itu kehilangan hampir $8.5 juta ekoran permintaan palsu memindahkan wang mereka pada Disember tahun lalu apabila ada pihak yang menyamar sebagai OCBC mengirim pesanan SMS dengan pautan laman pancingan data kepada mangsa. 



"MAS mengambil serius isu penipuan pancingan data melibatkan OCBC Bank. Kes ini banyak menjejas beberapa pelanggan," kata Timbalan Pengarah Pengurusan bagi Penyeliaan Kewangan, MAS, Cik Ho Hern Shin.



Beliau menambah pakar dalam kalangan pihak berkuasa menjangkakan "semua pelanggan yang terjejas akan dilayan secara adil," sambil menambah OCBC telah mula membayar balik semula kepada mangsa kes penipuan pancingan data ini menyusuli semakan setiap kes.



MAS juga telah membuat pemeriksaan lanjut bersama OCBC mengenai isu berkait dengan perkara ini termasuk respons insiden dan khidmat pelanggan bank tersebut, yang dianggap OCBC sepatutnya ditangani dengan lebih baik lagi.



"MAS menjangkakan semua institusi kewangan akan mempunyai langkah tangkas bagi pencegahan, pengesanan dan pemulihan penipuan serta menyediakan bantuan segera buat pelanggan yang merupakan mangsa penipuan.



"Kami bekerjasama dengan Persatuan Bank di Singapura mengenai langkah industri meluas yang mungkin perlu diambil bagi memastikan perbankan digital kekal selamat, berkesan dan dipercayai," katanya.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >