Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesatuan bantu 2,000 pekerja hospitaliti alih ke sektor khidmat penting

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 2,000 pekerja dari 47 syarikat dalam sektor hospitaliti telah beralih ke pekerjaan dalam khidmat penting dengan sokongan kesatuan, semasa pandemik ini.



Kumpulan pekerja ini berpindah ke jawatan yang ditawarkan oleh 14 syarikat dan agensi sektor awam tanpa perubahan pada terma pekerjaan, termasuk gaji, kata Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Yang Berkaitan (FDAWU).



Syarikat dan agensi awam itu membuat bayaran kepada hotel-hotel tersebut, membolehkan mereka membayar gaji kepada pekerja.



Kebanyakan pekerja tersebut pada ketika itu, bertugas di hotel-hotel yang mempunyai tenaga manusia berlebihan semasa pandemik, kata FDAWU.



Dalam kenyataannya semalam, FDAWU berkata ia telah bekerja rapat dengan hotel dan penjual makanan sejak tempoh pemutus litar bermula pada April 2020 untuk menguruskan tenaga manusia yang berlebihan supaya pekerja boleh terus bekerja dan syarikat boleh menjimatkan perbelanjaan.



Ia sebahagian usaha Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC) di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dan FDAWU telah membantu memadankan pekerja tersebut dengan peranan sementara semasa tempoh tenaga manusia terjejas itu.



"Pekerja dari hotel diberikan peranan dalam khidmat penting seperti Duta Jarak Selamat, penjejak kontak, pengimbas suhu badan, pembungkus di gedung dan penolong runcit di pasar raya," jelas FDAWU, yang berkata penutupan sempadan negara pada 2020 telah menyebabkan tempahan bilik hotel dan pendapatan merosot teruk.



"Ini adalah aturan yang memanfaatkan kededua pihak. Sedang majikan mendapat bantuan kewangan sementara merancang bagi pemulihan, pekerja berpeluang memelihara pekerjaan mereka."



Pekerja yang terjejas juga telah mendapatkan sokongan latihan menerusi NTUC Learning Hub dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) yang turut dikendalikan pergerakan buruh itu.



"Menyusuli itu, hotel-hotel berupaya memanggil semula tenaga manusia yang dikerah keluar ke pekerjaan asal di hotel, apabila permintaan bagi 'staycation', atau cuti inap, Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan perintah kuarantin (QO) bertambah," kata kenyataan itu lagi.



Semalam, FDAWU mengadakan upacara penghargaan bagi sekitar 2,000 pekerja ini dan 47 syarikat dan agensi yang terlibat, antaranya bagi usaha melindungi pekerjaan.



Lebih 280 wakil dari 34 hotel dan 15 agensi pemerintah dan syarikat lain menghadiri upacara itu, yang turut dihadiri oleh penasihat FDAWU Encik Christopher de Souza, yang juga Anggota Parlimen (AP) Holland-Bukit Timah.



Dalam ucapannya, Encik de Souza berkata syarikat-syarikat telah menggunakan peluang mengerahkan pekerja ke pekerjaan lain itu untuk menguruskan keperluan tenaga manusia.



Pekerja yang terlibat juga telah memainkan peranan penting, kata beliau.



"Mereka telah gigih bekerja dan menyumbang dengan cara tersendiri kepada masyarakat, seperti memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi, atau mengisi semula rak-rak di pasaraya dengan barangan keperluan semasa tempoh pembelian panik," kata Encik De Souza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >