Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE 'A'

Kesempitan hidup bakar semangat jadi pelajar berjaya

Feb 24, 2018 | 05:30 AM



APABILA ibunya berhenti kerja tahun lalu, keadaan ekonomi keluarga Nur Hikmah Md Ali menjadi sempit.



Ini kerana hanya bapanya seorang yang mencari rezeki bagi membiayai mereka enam beranak. Bapanya merupakan seorang pemandu teksi.



Ibunya terpaksa berhenti kerja bagi menumpukan perhatian pada pengajiannya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di peringkat diploma.



Bagi membantu meringankan beban orang tuanya, Nur Hikmah, 18 tahun, memberi tuisyen setiap hujung minggu.



Ini meskipun pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah itu sedang giat membuat persiapan bagi menduduki Peperiksaan GCE Peringkat 'A' ketika itu.



Hasil bekerja sebagai guru tuisyen, Nur Hikmah dapat menggunakan sebahagian pendapatannya untuk membeli keperluan sekolah dan buku latihan bagi mempersiapkan diri untuk peperiksaan tersebut.



Bagi peperiksaan GCE Peringkat 'A' yang didudukinya tahun lalu, anak sulung daripada keluarga empat beradik itu meraih gred A bagi semua mata pelajaran yang didudukinya iaitu Kertas Am (GP), Syariah, Usuluddin, Bahasa Melayu H1, Kesusasteraan dan Bahasa Melayu H2 serta Bahasa Arab.



Meskipun keadaan kewangan keluarganya tidak mewah, Nur Hikmah tidak membiarkannya menjadi penghalang untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.



Sebaliknya, ia menjadi pembakar semangat untuknya berusaha lebih keras demi mengubah nasib keluarganya.



"Ibu bapa saya bekerja keras untuk kami. Saya pun ingin bekerja keras seperti mereka agar segala usaha yang mereka jalankan selama ini tidak sia-sia.



"Saya dan kawan-kawan juga saling menyokong antara satu sama lain dan ini memberi saya semangat untuk terus berusaha walau sesusah mana sekalipun," ujarnya.



Menurut Nur Hikmah yang kini sedang bekerja sambil belajar di Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware), beliau merancang memohon biasiswa melanjutkan pengajian dalam jurusan sosiologi di universiti.



Tambahnya, beliau ingin menceburi bidang itu kerana beliau amat meminati isu kemanusiaan termasuk isu kesetaraan jantina, kemiskinan dan ketidakadilan sosial.



Minat itu juga timbul daripada pengalamannya menyertai pertandingan bahas di peringkat sekolah menengah dahulu.



Nur Hikmah antara lain pernah menyertai pertandingan kejuaraan bahas sekolah menengah dan Bahas 4PM sebagai sebahagian pasukan bahas Madrasah Al-Maarif.



Melalui penglibatannya dalam bahas juga, Nur Hikmah berkata beliau dapat mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan menyampaikan hujah dengan berkesan.



"Kemahiran yang saya raih ini penting kerana ia juga dapat membantu saya dalam mata pelajaran saya di sekolah contohnya GP," kata Nur Hikmah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >