Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Kesemua 407 tempat haji jemaah S'pura berjaya dipenuhi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kesemua 407 tempat haji jemaah S'pura berjaya dipenuhi

May 14, 2022 | 05:30 AM

KESEMUA 407 tempat bagi jemaah Singapura menunaikan haji tahun ini telah berjaya disahkan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.

Muis menambah, kesemua jemaah telah berdaftar dengan ejen penjualan pakej haji yang dilantik mereka dan jemaah telah membuat bayaran bagi pakej haji pilihan mereka.

"Muis kini sedang berusaha untuk mendapatkan visa haji mereka dikeluarkan oleh kerajaan (Arab Saudi).

"Secara keseluruhannya, ia satu proses amat lancar dengan jemaah haji yang berjaya diberikan tempat haji mengikut syarat dan keperluan bagi Haji 2022 dan juga tempat dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS) Muis," kata Muis.

Awal bulan ini, Muis telah memberikan surat tawaran rasmi Haji 2022 kepada kesemua jemaah Singapura yang layak.

Jumlah 407 jemaah itu - yang merupakan 45 peratus daripada kuota rasmi negara sebanyak 900 jemaah sebelum ini - terdiri daripada mereka yang sepatutnya melakukan ibadah haji pada 2020.

Mereka berpeluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu selepas memenuhi syarat baru yang ditetapkan Kementerian Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi.

Ini termasuk memenuhi kriteria usia di bawah 65 tahun dan sudah divaksin penuh.

Muis sebelum ini berkata calon jemaah terdiri daripada mereka yang berusia antara 25 hingga 65 tahun dengan lebih 80 peratus berusia 50 tahun ke atas.

Muis dalam kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bakal jemaah haji dan ejen penjualan pakej haji yang dilantik kerana bekerjasama menjayakan proses itu dalam tempoh yang singkat dengan lancar.

"Muis juga mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah dalam AHRS atas kesabaran dan pemahaman mereka yang berterusan, dan mendoakan perjalanan mereka lancar apabila tiba masa mereka pada tahun-tahun mendatang," kata Muis.

Kerajaan Arab Saudi pada bulan lalu mengumumkan bahawa sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara dibenarkan melakukan ibadah itu tahun ini.

Bagaimanapun, mereka menetapkan syarat bahawa ia hanya bagi mereka yang berusia bawah 65 tahun dan sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 sepenuhnya.

Jemaah lain yang nama mereka dalam senarai Sistem Pendaftaran Haji akan secara automatik mengikut giliran mereka berdasarkan senarai untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun-tahun mendatang.

Tahun ini, jemaah Singapura boleh memilih antara 10 pakej haji yang ditawarkan dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji 2022.

Mereka terdiri daripada Halijah Travels dan Shahidah Travel & Tours, serta syarikat Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama.

Harga pakej paling rendah yang ditawarkan ialah $6,830 bagi penginapan untuk empat orang sebilik, manakala yang tertinggi adalah $15,125 bagi dua orang sebilik.

IGSA yang dilantik adalah syarikat Halijah Travels dan Shahidah Travel & Tours.

Sementara itu, CGSA yang telah dilantik adalah syarikat Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama.

Syarikat Jalaluddin Travel & Services akan mengetuai konsortium meliputi Hagel Travel & Tours dan Noor Mohamad Services & Travel, manakala konsortium diketuai TM Fouzy akan meliputi Hamidah Travel & Tours dan Hahnemann Travel & Tours.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3