Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua Gojek S’pura gesa syarat umur bagi pemandu sewa privet disemak

Nov 24, 2023 | 03:09 PM



Pengurus besar Gojek Singapura, Encik Lien Choong Luen, telah menggesa pihak berkuasa supaya menimbangkan menurunkan syarat umur bagi pemandu sewa bagi meningkatkan jumlah pemandu dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi khidmat kereta sewa privet.


“Kita sentiasa memerlukan lebih banyak bekalan (pemandu),” kata beliau kepada The Straits Times pada Khamis semasa acara menandakan tahun kelima Gojek beroperasi di Republik.


Peraturan mengenai umur bagi pemandu sewa privet baru dinaikkan kepada 30 tahun pada September 2020, sejajar dengan peraturan pemandu teksi.

Sebelum ini, penduduk tetap juga boleh mendapatkan lesen vokasional pemandu sewa privet tanpa syarat umur minimum dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman memandu, bermakna usia pemandu boleh serendah 20 tahun.

Peraturan lebih ketat itu diperkenalkan apabila permintaan untuk menaiki kenderaan sewa privet adalah 30 peratus lebih rendah daripada tahap prapandemik, dengan tujuan untuk melindungi pendapatan pemandu sedia ada dan lebih tua.

Perkhidmatan sewa privet kini kembali ke tahap pra Covid-19, dengan 538,000 perjalanan setiap hari pada September.

Kekurangan jumlah pemandu tersedia telah menyebabkan aduan mengenai tambang tinggi dan masa menunggu yang lama.

Pihak berkuasa sedang mengkaji semula cara pengendali teksi dan pengangkutan mengurus perniagaan. Ia dijangka selesai pada suku kedua 2024.

Gojek telah mengambil langkah merangsang bekalan pemandu, termasuk mengurangkan komisen yang dikenakan kepada pemandu daripada 15 peratus kepada 10 peratus sehingga sekurang-kurangnya akhir 2024.

Walaupun langkah itu meningkatkan pendapatan pemandu di tengah-tengah peningkatan kos operasi, laporan Kajian Kumpulan DBS pada 20 Oktober menyatakan ia boleh “menambah kerugian” Gojek dan syarikat induknya, GoTo.

“Ia sebenarnya pelaburan dalam pasaran.

“Kami sentiasa mahu berkembang, tetapi saya yakin tentang kedudukan kami... Hakikat bahawa kami dapat kurangkan komisen kepada 10 peratus bermakna kami dalam kedudukan baik,” kata Encik Lien pada Khamis.

Beliau enggan memberi komen secara langsung mengenai pengenalan struktur komisen dinamik oleh Grab untuk pemandunya.

Beliau hanya mengatakan bahawa kadar komisen 10 peratus memberi pemandu Gojek lebih yakin tentang pendapatan mereka.

Beliau juga menekankan kepentingan persaingan bebas dan terbuka dalam industri pengangkutan, menyatakan bahawa kehadiran Gojek memberi pilihan kepada pemandu dan penumpang.

Walaupun Gojek memasuki pasaran Singapura dengan gah pada 2018, Encik Lien berkata tumpuan semasa adalah pada kemampanan kewangan.

Rancangan masa depan melibatkan pelaburan berterusan di Singapura, memperkenalkan perkhidmatan baharu untuk membantu pemandu meningkatkan pendapatan, mempergiatkan usaha pengurangan kos serta penambahbaikan dalam penetapan harga dan mekanisme peruntukan pengangkutan.

Keselamatan adalah tema utama semasa sambutan ulang tahun kelima Gojek.

“Lebih daripada 99.99 peratus perjalanan kita tahun ini bebas kemalangan, tetapi 0.001 peratus masih terlalu banyak... Pencegahan lebih baik daripada merawat.

“Oleh itu, kami ingin meningkatkan aspek keselamatan ini,” tambah Encik Lien.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >