Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Khaw Boon Wan antara enam penerima Colombo Plan dari S’pura diberi kunci bandar Newcastle kerana promosi bandar Australia

Jul 26, 2022 | 05:32 PM



ENAM mantan penerima biasiswa Colombo Plan dari Singapura telah menerima kunci bandar Newcastle petang Isnin (25 Julai) atas usaha mereka mempromosi bandar Australia itu di peringkat antarabangsa.


Antaranya ialah mantan menteri Kabinet, Encik Khaw Boon Wan, kini pengerusi SPH Media Trust.


Lima penerima lain ialah mantan ketua eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Encik Cheong Koon Hean; mantan pengarah urusan UOB, Encik Bill Chua; mantan setiausaha tetap Kementerian Tenaga Manusia di samping Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Encik Tan Chin Nam; mantan ketua eksekutif Singapore Food Industries, Encik Peter Tay Buan Huat; dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Rwanda, Encik Jaspal Singh.


Kesemua mereka adalah alumni Universiti Newcastle di New South Wales dan mereka diraikan pada satu acara yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Australia berhampiran Stevens Road Isnin (25 Julai).


Dalam satu kenyataan Selasa (26 Jul), pihak City of Newcastle berkata enam warga Singapura itu secara rasmi dilantik sebagai duta bandar pelabuhan itu, yang terletak dua jam berkereta dari Sydney.


Mayor Newcastle, Cik Nuatali Nelmes, turut hadir pada majlis kelmarin sebagai sebahagian delegasi dari wilayah Hunter di Australia untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dan meneroka peluang pembangunan ekonomi, tambah kenyataan itu.


Cik Nelmes berkata:

“Secara bersama, penerima biasiswa Colombo itu mempunyai pengalaman dan pencapaian selama berdekad merangkumi sektor politik, perniagaan, perumahan, pembangunan dan pengangkutan, yang telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Singapura dan rakyat seluruh dunia.”


Encik Khaw, yang pernah memegang jawatan menteri penyelaras bagi prasarana dan pengangkutan Singapura antara 2015 dengan 2020, belajar kejuruteraan di Universiti Newcastle selepas beliau ditawarkan biasiswa Colombo Plan pada 1973.


Biasiswa itu, yang dibentuk pada 1951, diberi kepada pelajar cemerlang dari negara bekas jajahan Britain, termasuk Singapura, untuk belajar di universiti di negara Komanwel seperti di Britain, Canada, Australia dan New Zealand.


Singapura berhenti menerima biasiswa tersebut pada 1988.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >