Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai penjaga tampil dapatkan sokongan

Caring.sg bantu hampir 1,000 ibu bapa dan penjaga golongan berkeperlan khas menerusi pelbagai program sokongan, lebih 1,500 kini jadi anggota
Feb 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 1,900, termasuk hampir 1,500 ibu bapa dan penjaga anak dan golongan berkeperluan khas telah medaftar dengan Caring.sg, sebuah pertubuhan tidak mencari untung di bawah naungan SG Enable.



Daripada jumlah itu, hampir 1,000 anggota yang berdaftar mendapat manfaat daripada program dan acara inklusif yang disediakan.



Berkongsi perangkaan itu dengan Berita Harian, pengasas Caring.sg, Dr Lim Hong Huay, berkata sejak ditubuh pada November 2020, pertubuhan tersebut gigih mendekati ibu bapa dan penjaga bagi meningkatkan kesedaran mengenai program sokongan dan bantuan yang tersedia.



Menurut beliau, keupayaan golongan berkeperluan khas, terutama anak istimewa, berfungsi dengan baik adalah dengan mengikut rutin yang tetap, namun ini bukan sesuatu yang mudah untuk sentiasa dilakukan pada penjaga mereka.



"Rutin harian yang terjejas ini adalah satu masalah besar buat penjaga," jelas beliau, sambil menambah bahawa menyokong ibu bapa dan penjaga menangani keadaan sedemikian adalah antara tumpuan pertubuhan yang diasaskannya itu.















Dr Lim, seorang pakar epidemiologi dan pediatri, sendiri mempunyai dua anak berkeperluan khas.



Antara program utama yang disediakan Caring.sg ialah Projek 3i, yang bertujuan memberi perhatian khusus kepada individu, keluarga dan juga komuniti penjaga serta golongan berkeperluan khas. Ia disokong oleh Temasek Foundation Cares, SG Enable, Inisiatif Toteboard Enabling Lives dan NCSS.



Projek 3i, menurut Dr Lim, terbahagi kepada tiga cabang iatu CareBuddy, CareWell dan CareConnect.



CareBuddy menghubungkan penjaga yang berasa diri mereka sendirian dengan penjaga lain yang jauh lebih berpengalaman.



Penjaga yang dapat meluangkan masa dalam tiga hingga lima jam seminggu dan lebih arif dalam penjagaan anak berkeperluan khas dialu-alukan tampil sebagai sukarelawan.



Kini 15 anggota telah mendapatkan perhatian melalui Carebuddy, kongsi beliau.



Selain Carebuddy, Caring.sg juga menyediakan program CareWel bagi mereka yang memerlukan nasihat dan sokongan pakar.



Program itu disediakan dengan kerjasama doktor, pakar psikiatri dan terapi.



Program ketiga di bawah Projek 3i ialah CareConnect, sebuah rangkaian kumpulan sokongan penjaga golongan berkeperluan khas, termasuk pegawai bersekutu profesional dan penyokong komuniti itu.



Antara mereka yang menjadi sukarelawan bagi program CareConnect ialah Cik Farahliza Zainal, ibu anak remaja yang menghidap autisme dan pengasas sebuah perusahaan sosial, MIJ Hub.



"Peranan saya ialah untuk mendekati para penjaga yang berpengalaman untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan agar mereka tidak rasa yang mereka melalui cabaran ini sendiri, dan untuk memberi mereka harapan menerusi perkongsian idea dan saranan," ujar beliau.



Sementara itu, menjelaskan Dr Lim berkata program CareConnect lebih cenderung kepada pembangunan pengetahuan dan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mengeratkan hubungan antara keluarga dalam komuniti ini amtara lain dengan menganjurkan webinar tentang isu-isu yang dihadapi penjaga.




"Rutin harian yang terjejas ini adalah satu masalah besar buat penjaga."

- Dr Lim Hong Huay, pengasas Caring.sg, mengenai keupayaan golongan berkeperluan khas, terutama anak istimewa, berfungsi dengan baik adalah dengan mengikut rutin yang tetap, namun ini bukan sesuatu yang mudah untuk sentiasa dilakukan pada penjaga mereka.



"Peranan saya ialah untuk mendekati para penjaga yang berpengalaman untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan agar mereka tidak rasa mereka melalui cabaran ini sendiri..."

- Cik Farahliza Zainal, ibu anak remaja yang menghidap autisme dan pengasas sebuah perusahaan sosial, yang menjadi sukarelawan program CareConnect.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >