Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

KidSTART diluas seluruh negara

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM KidSTART akan diluaskan ke seluruh negara secara bertahap mulai tahun depan bagi menyokong lebih banyak keluarga yang layak di kesemua 24 kawasan Pejabat Khidmat Sosial (SSO).



Usaha memperluaskan program itu akan dilakukan secara berfasa, bermula dengan lawatan ke rumah yang ditawarkan kepada ibu hamil dan ibu bapa bayi di kawasan baru, diikuti dengan komponen KidSTART yang lain.



Lebih 3,000 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di 13 kawasan SSO telah meraih manfaat daripada KidSTART sejak ia dirintis pada 2016.



Program itu mengikut jadual dalam usaha menyokong 5,000 kanak-kanak menjelang 2023.



KidSTART menyediakan sokongan di peringkat awal kepada keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak berusia sehingga enam tahun di rumah, masyarakat dan prasekolah.



KidSTART mempunyai tiga komponen - Program Lawatan Ke Rumah, Kumpulan KidSTART dan Sokongan Prasekolah Dipertingkat - dan memanfaatkan sokongan pelbagai disiplin bagi menyediakan bantuan menyeluruh untuk keluarga.



Mengumumkannya di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata perjalanan setiap keluarga adalah unik dan ada yang menghadapi cabaran dan tekanan lebih besar, yang sering kali di luar kawalan mereka.



Selain KidSTART, inisiatif nasional lain seperti Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift) juga telah diperluas, dan Skim Permulaan Baru pula dipertingkat.



"Diselaraskan melalui ComLink, ia menyokong keluarga berpendapatan rendah merentasi pelbagai bidang, membolehkan pemerintah mengambil pendekatan berpusatkan keluarga, berbanding didorong agensi," ujar Encik Masagos.



Dalam pada itu, pemerintah juga akan mendalami kerjasama dengan rakan korporat dan masyarakat melalui inisiatif Growing Together with KidSTART, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Inisiatif itu mengundang korporat dan individu bekerjasama dengan KidSTART dalam tempoh yang berterusan, melalui kerja sukarelawan dan/atau sumbangan tetap.



Cik Sun menambah bahawa inisiatif itu telah menerima derma dan tajaan lebih $4 juta sejak ia dimulakan pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >