Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KidSTART telah bantu lebih 2,000 keluarga sejak dilancar: Rahayu

Mar 10, 2022 | 10:26 AM



SEJAK dilancarkan pada 2016, program KidSTART telah membantu lebih 2,000 keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak di bawah umur enam tahun.



Ini sejajar dengan matlamatnya menyokong 5,000 kanak-kanak jelang 2023.



Mendedahkan demikian dalam temubual eksklusif bersama Berita Minggu, Ketua Pegawai Eksekutif KidSTART, Cik Rahayu Buang, berkata:



"Sebenarnya program ini dimulakan sebagai perintis pada 2016 dan selepas itu ia menunjukkan kesan yang baik pada anak-anak dan keluarga.



"Ia diluaskan dan diteruskan ke lebih banyak kawasan di Singapura supaya kita dapat membantu lebih ramai keluarga.



"Sekarang kami telah membantu lebih 2,000 keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak di bawah umur enam tahun."



KidStart Singapore merupakan agensi yang ditubuhkan khas untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dengan memberi mereka pengetahuan dan mengajar mereka cara-cara untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan anak-anak mereka.



Dalam inisiatif terkininya, KidSTART telah melancarkan inisiatif #AGoodStart untuk berkongsi dengan lebih ramai ibu bapa tentang kepentingan memberi permulaan yang baik kepada anak-anak mereka, termasuk cara mempunyai interaksi yang berkesan dengan anak-anak.



Menjelaskan tentang inisiatif tersebut, Cik Rahayu berkongsi bahawa #AGoodStart bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang pentingnya masa-masa interaksi dengan anak-anak semasa mereka baru lahir sehingga berumur enam tahun.



"#AGoodStart menunjukkan cara-cara bagaimana kita boleh menjadi pengasuh yang lebih berkesan.



"Di inisiatif #AGoodStart, kami mulakan dengan tiga video yang akan dikongsi sama dalam lelaman web KidStart Singapore atau Facebook dan juga IG KidStart Singapore.



"Melalui cara ini kita mengajak sama lebih ramai lagi yang berkongsi bagaimana pula pengalaman mereka dan apakah yang telah dilakukan ibu bapa mereka...yang mendatangkan kesan yang baik dan sesuatu yang baik itu diteruskan kepada generasi yang akan datang pula," jelas beliau.



Menggunakan #ThankYouForAGoodStart, orang ramai boleh memuatnaik pengalaman dan refleksi peribadi tentang apa yang telah dilakukan ibu bapa mereka pada tahun-tahun awal pertumbuhan mereka yang sehingga kini meninggalkan kesan positif dalam kehidupan mereka di media sosial.



Untuk menggalakkan lebih ramai orang melibatkan diri dalam inisiatif ini, KidSTART akan mengadakan acara pemberian saguhati berbentuk baucar kepada penyertaan baik yang terpilih.



Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook dan Instagram KidSTART Singapore, dan laman web mereka di kidstart.sg.




"Sebenarnya program ini dimulakan sebagai perintis pada 2016 dan selepas itu ia menunjukkan kesan yang baik pada anak-anak dan keluarga.

Ia diluaskan dan diteruskan ke lebih banyak kawasan di Singapura supaya kita dapat membantu lebih ramai keluarga.

Sekarang kami telah membantu lebih kurang 2,000 keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak di bawah umur enam tahun."

- Ketua Pegawai Eksekutif KidSTART, Cik Rahayu Buang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >