Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kios jagaan mata bagi ujian glaukoma, katarak dirancang bagi lebih banyak poliklinik

Mar 25, 2023 | 03:41 PM



Kios-kios jagaan mata akan ditubuhkan di lebih banyak poliklinik untuk menjadikannya pusat perhentian pertama bagi penyakit mata biasa seperti glaukoma dan katarak.



Bertindak sebagai kios checkout layan sendiri seperti di pasaraya, gerai-gerai jagaan mata ini akan mengumpul data mengenai penglihatan pesakit sebelum menghantarnya kepada seorang pakar optalmologi untuk diagnosis, justeru menjimatkan masa dan kos.



Kios itu sedang dirintis di Poliklinik Pioneer, tapi dijangka dilaksanakan ke dua atau tiga lagi poliklinik menjelang akhir tahun ini.



Ia merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang diumumkan di pelancaran Pusat Inovasi dan Ketepatan Kesihatan Mata yang baru di Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).



Inisiatif-inisiatif tersebut bertujuan menjadikan diagnosis dan rawatan penyakit mata lebih mudah diakses dan dimampui.



Tumpuan pusat itu meliputi pengesanan dan rawatan penyakit berkaitan penuaan yang biasa seperti glaukoma sehingga penyakit mata penuaan genetik yang menjejas hanya seorang dalam 30,000 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >