Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kira-kira seorang dari 10 penduduk S'pura alami kencing manis

Apr 24, 2023 | 05:30 AM



PENYAKIT ginjal yang teruk (CKD) merupakan satu epidemik di seluruh dunia, dengan penyakit kencing manis adalah punca utamanya.



Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Populasi Kebangsaan 2020, kira-kira seorang dari setiap 10 penduduk Singapura mengalami penyakit kencing manis, demikian menurut Laporan Tahunan Pendaftaran Ginjal Singapura 2021 - yang diterbitkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Populasi penduduk yang semakin tua turut memburukkan lagi keadaan di sini memandangkan fungsi ginjal menurun mengikut usia.



Menurut laporan HPB itu, CKD tahap 5 (CKD5) meningkat dengan ketara dari 418.8 bagi setiap sejuta populasi (pmp) pada 2011 kepada 556.1 pmp pada 2020.



Sebahagian besar pemindahan ginjal dilakukan di Singapura dengan 95.9 peratus pada 2021 dilakukan di sini.



"Glomerulonefritis (GN) adalah sebab utama CKD5 di kalangan pesakit yang menjalani pemindahan ginjal. 52.7 peratus pesakit pemindahan ginjal baru dan 65.8 peratus pesakit penerima ginjal sedia ada atau 'prevalent transplant patients' menghadapi GN pada 2021.



"Pesakit dengan pemindahan ginjal dari penderma hidup menikmati peluang untuk hidup lebih baik (93.9 peratus peluang hidup lima tahun untuk organ dan 96.3 peratus peluang hidup lima tahun untuk pesakit) berbanding mereka yang mendapat pemindahan ginjal daripada penderma yang telah meninggal dunia (85.9 peratus peluang hidup lima tahun untuk organ dan 91.6 peratus peluang hidup untuk pesakit.



"Selepas menyesuaikan demografi, etiologi dan ko-morbiditi (kehadiran dua atau lebih penyakit yang dihadapi pesakit), risiko kematian adalah rendah untuk pesakit dengan pemindahan ginjal, baik dari penderma hidup atau yang telah meninggal dunia, berbanding mereka yang menjalani dialisis," menurut laporan terkini HPB itu lagi.



"Penyakit kencing manis adalah punca paling biasa bagi pemotongan kaki (foot) atau bahagian kaki (leg) bukan traumatik, atau juga dirujuk sebagai amputasi bahagian bawah (LEA) atau 'lower extremity amputation'.



"Pada 2021, hampir sembilan dari setiap 10 individu yang mengalami amputasi di Singapura menghadapi kencing manis," dedah Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, di acara anjuran Diabetes Singapore pada 8 April lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >