Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kisah inspirasi 20 wanita Melayu dibuku

Presiden Halimah: Kekuatan berbeza perlu dimanfaat untuk bangun masyarakat gemilang
Mar 07, 2021 | 05:30 AM



MEREKA mempamerkan nilai kegigihan serta sifat ihsan semasa menceburi bidang yang mereka minati dan cemerlang meskipun menghadapi cabaran yang berbeza.



Kisah Dr Filza Aslam, 34 tahun dan Cik Farah H. Sanwari, 31 tahun, itu bahkan boleh menjadi sumber inspirasi bagi ramai wanita muda di sini.



Mereka merupakan antara 20 wanita Melayu/Islam muda daripada pelbagai latar belakang yang dipaparkan dalam buku Dialog Wanita Muda dalam Kepimpinan (YWILD), Unprecedented - To the Beat of Her Own Drum, yang dilancarkan di WeWork Funan semalam.



Mereka telah mengharungi cabaran dan meraih kejayaan dalam pelbagai bentuk sepanjang kehidupan mereka.



Wanita yang dipaparkan itu dipilih hasil pencalonan orang ramai menerusi media sosial.



Buku tersebut dilancarkan Presiden Halimah Yacob yang hadir selaku tetamu terhormat.



Semasa berucap di majlis pelancaran buku itu, beliau berkata masyarakat perlu memanfaatkan kekuatan berbeza setiap individu untuk membangunkan sebuah masyarakat gemilang.



Usaha membimbing belia merupakan satu cara untuk memupuk dan membangunkan potensi mereka, ujarnya.



Memuji usaha menghasilkan buku itu, Puan Halimah berkata kisah yang dipapar boleh membentuk budaya dan menurunkan nilai yang dikongsi bersama.



"Setiap kisah dalam buku ini berpotensi menggerakkan hati wanita muda dalam masyarakat untuk menjadi versi terbaik dirinya. Menerusi cerita itu, kita melihat elemen diri sendiri dalam orang lain dan (elemen) orang lain dalam diri kita," ujarnya.



Bagi Dr Filza, seorang eksekutif hubungan sains perubatan, beliau yakin pendidikan memainkan peranan penting memperkasa seseorang.



"Ini lebih-lebih lagi dalam landskap sekarang dengan cukup banyak kepalsuan.



"Oleh itu, kita memerlukan sains untuk menerangkan faktanya dan kebenaran.



"Jika tiada kesedaran atau pendidikan itu, kita tidak boleh memperkasa diri kita," ujarnya.



Cik Farah pula antara pengasas kumpulan sukarelawan sekitaran FiTree, yang antara lain menggalak masyarakat Islam lebih peka tentang alam sekitar.



Menurut pengarah kerjasama di SpudnikLab itu, beliau berharap dapat menjadi sumber inspirasi bagi wanita muda mencabar tanggapan yang mungkin mereka miliki tentang diri mereka dan masyarakat, selain menggalak mereka memikirkan bagaimana mereka boleh meninggalkan kesan pada masyarakat.



Tambahnya, wanita juga boleh menyumbang kepada usaha kemampanan negara ini, sejajar dengan Pelan Hijau Singapura.



"Wanita mempunyai daya kepekaan yang tinggi untuk mengambil berat tentang orang di keliling kita.



"Nilai ini juga penting dalam usaha kita menyumbang kepada alam sekitar. Kita juga boleh mencari penyelesaian bagi isu ini dengan perspektif empati," ujarnya.



YWILD yang dilancarkan pada 2015 merupakan kerjasama antara Kelab Mendaki (MClub) dengan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).



Menurut pengasas bersama YWILD, Cik Nadia Yeo dan Cik Erliana Zaid, buku tersebut merupakan satu usaha masyarakat yang dihasilkan dengan sumbangan ramai relawan belia, termasuk lelaki dan wanita.



"Kami mula merakam kisah ini sebelum pandemik Covid-19. Pandemik ini telah menampilkan ramai contoh wanita lain yang cukup mengagumkan serta mempamerkan kekuatan, keberanian dan daya ketahanan dalam waktu yang mencabar ini," kata Cik Erliana.



Puan Halimah turut menyumbang kata pendahuluan bagi buku tersebut.



Menurutnya, beliau bangga ramai wanita di Singapura memenuhi keperluan mental, fizikal dan emosi mereka dengan baik sementara berjaya memainkan pelbagai peranan dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.



"Ramai yang telah memanfaatkan peluang menceburi aspirasi mereka.



"Ini sebahagian besarnya disebabkan dasar yang menyokong pembangunan wanita dalam keupayaan peribadi dan profesional mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >