Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USAHA MENENTANG OMICRON

Kit ART AllTest dan Indicaid berharga kurang $5

5 juta kit AllTest dari China; 20,000 hingga 50,000 kit Indicaid dari Hong Kong dalam penghantaran pertama
Feb 24, 2022 | 05:30 AM



DUA kit ujian pantas antigen (ART) baru, AllTest dan Indicaid, akan dijual di pasaran bermula Mac, menambahkan jumlah kit ART yang diluluskan untuk penggunaan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kepada 14.



Firma peranti perubatan Alcotech berkata ia akan membawa masuk 5 juta kit AllTest dari China, lapor The Straits Times.



Kit-kit itu akan dijual di FairPrice, Guardian, Watsons, Shopee dan Lazada.



Alcotech berkata, gudangnya boleh menempatkan sehingga 80 juta kit pada satu-satu masa.



SDT Molecular, pemborong peranti perubatan, akan membawa masuk 20,000 hingga 50,000 kit dalam penghantaran Indicaid pertamanya.



Ketua eksekutif SDT Molecular, Cik Shirley Tan berkata, pihaknya sedang berbincang dengan penjual semula dan peruncit untuk menjual kit-kit itu.



Firma itu hanya mampu membawa masuk bilangan yang terhad berikutan lonjakan permintaan bagi kit ART, terutamanya di Hong Kong di mana Indicaid dibuat.



Bilangan kit dalam penghantaran seterusnya akan meningkat, tambah Cik Tan.



Kelmarin, ketua eksekutif Hong Kong, Cik Carrie Lam berkata, kesemua 7.5 juta penduduk negara itu akan melalui ujian wajib Covid-19 tiga kali pada Mac.



Langkah tersebut diambil sedang Hong Kong berdepan dengan wabak jangkitan terburuknya sejak pandemik Covid-19 bermula pada Januari 2020.



Kedua-dua kit AllTest dan Indicaid berharga kurang $5, sejajar dengan jenama lain di pasaran.



Kit-kit baru itu yang kedua-duanya melibatkan swab hidung kali pertama diumumkan November lalu oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan diluluskan penggunaannya oleh HSA pada Januari lalu.



Pengumuman dua kit baru itu dibuat sedang Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kelmarin bahawa "ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum gelombang penularan memuncak dan reda".



Untuk memastikan stok kit ART mencukupi, pemerintah mengeluarkan bekalan daripada simpanannya kepada peruncit awal bulan ini.



Sejauh ini, peruncit masih belum menetapkan kuota pada jumlah kit yang boleh dibeli pelanggan.



Watsons berkata dengan lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini, ia menyaksikan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam permintaan untuk kit itu pada Februari berbanding Januari.



Sejak kelmarin, ia telah mula menjual kit Flowflex sebagai tambahan kepada SD Biosensor dan kit Abbott Panbio yang disimpannya, sebagai sebahagian daripada usaha memenuhi permintaan pelanggan.



Guardian yang melihat permintaan naik seganda bulan ini berbanding bulan lalu berkata:



"Kami menggalakkan pelanggan membeli apa yang mereka perlukan sahaja untuk memastikan terdapat stok mencukupi bagi semua orang."



Sementara itu, 69 daripada 178 mesin layan sendiri yang memberikan kit ART percuma kepada mereka yang perlu membuat ujian kendiri mempunyai stok yang rendah atau kehabisan stok.



Profesor Dale Fisher, seorang perunding penyakit berjangkit kanan di Hospital Universiti Nasional, berkata mempunyai lebih banyak jenama kit Covid-19 di pasaran akan memastikan harga dan bekalan stabil.



"Ujian pantas antigen sangat memperkasakan dalam membantu individu mengetahui sama ada mereka mempunyai Covid-19.



"Ini boleh membimbing mereka membuat keputusan peribadi seperti melawat hospital, menghadiri majlis atau berjumpa anggota keluarga yang lebih mudah terjejas," kata beliau.



Walaupun kebanyakan pekerja tidak lagi perlu menjalani ujian rutin yang disenaraikan, Profesor Fisher menambah bahawa ujian Covid-19 akan kekal berguna bagi mereka yang bekerja di persekitaran berisiko tinggi seperti hospital dan rumah jagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >