Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ART Covid-19 baru akan berharga bawah $10: Ong Ye Kung

Nov 15, 2021 | 10:30 PM



KIT ujian pantas antigen (ART) bagi Covid-19 yang baru dan lebih mampu milik boleh diperolehi tidak lama lagi dengan kit ini dijangka berharga di bawah $10 dan mungkin $5, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Beliau juga menjelaskan di sidang akhbar kendalian pasukan bertindak berbilang kementerian menangani Covid-19 pada Isnin bahawa edaran kit ART percuma buat semua isi rumah Singapura kelihatan berjalan dengan baik.



Setiap isi rumah menerima 10 kit ART dalam satu latihan edaran kit ART mulai 22 Oktober hingga Disember.



Sebelum ini, enam kit ART diedarkan ke semua isi rumah dalam satu latihan mulai 28 Ogos hingga 27 September.



Walau bagaimanapun. Encik Ong akur bahawa ramai orang masih perlu membeli kit tambahan dan telah meminta bagi membeli kit dengan harga lebih mampu dimilki dibekalkan.



"Kementerian Kesihatan (MOH) akur dengan permintaan ini dan bekerjasama dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk memperkenalkan lebih banyak kit uji diri ART dengan mutu lebih baik dan harga lebih mampu dimiliki di Singapura," katanya.



Salah satu kit uji diri baru yang disahkan kegunaannya dikenali sebagai Flowflex. Ia disahkan kegunaannya minggu lalu di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) bagi penggunaan uji diri, kata Encik Ong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak ini.



Tiada tarikh bagaimanapun diberikan di mana Flowflex ini boleh dibeli. Dihasilkan oleh firma Amerika, Acon Laboratories, Flowflex sudah sedia ada dijual di kedua-dua negara, Amerika dan Britain.



Dua lagi kit ART yang memenuhi piawaian mutu dan disahkan kegunaannya sedang menjalani pendaftaran PSAR.



MOH menjelaskan dalam kenyataan pada Isnin (15 November) bahawa tiga kit ini akan dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga kit ART yang ada kini.



Encik Ong juga melahirkan harapan kit ini akan dijual dengan harga di bawah $5 setiap satu tetapi menambah bahawa harga kit itu kekal menjadi keputusan komersial.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >