Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kit buat rumah berhalaman 'bentengi' nyamuk

Nov 19, 2020 | 5:42 PM
BENTENGI RUMAH: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengagihkan kit kepada penduduk yang tinggal di hartanah berhalaman supaya mereka dapat 'membentengi' rumah mereka daripada nyamuk. - Foto FAIL
BENTENGI RUMAH: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengagihkan kit kepada penduduk yang tinggal di hartanah berhalaman supaya mereka dapat 'membentengi' rumah mereka daripada nyamuk. - Foto FAIL -

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengagihkan kit kepada penduduk yang tinggal di hartanah berhalaman supaya mereka dapat 'membentengi' rumah mereka daripada nyamuk.

NEA dalam kenyataan pada Khamis (19 Nov) berkata ini kerana topografi rumah berhalaman lebih mudah bagi nyamuk membiak berbanding apartmen privet dan flat HDB.

Bahkan pegawai NEA telah menemui lebih banyak kes pembiakan nyamuk dan denggi di rumah berhalaman daripada apartmen atau flat, lapor The Straits Times.

Kit tersebut merangkumi buku maklumat kecil tentang tempat-tempat biasa pembiakan nyamuk di rumah berhalaman; pembunuh jejentik untuk diletakkan di talang bumbung, longkang atau pancutan air; dan peringatan visual termasuk pelekat kalis cuaca dan besi semberani peti sejuk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg