Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kolam takungan dibina di Pulau Jurong bagi hadapi banjir akibat perubahan iklim

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kolam takungan telah dibina di Pulau Jurong bagi meningkatkan daya tahan pulau itu terhadap banjir sedang ribut yang lebih kerap dan kuat dijangka berlaku di masa akan datang disebabkan perubahan iklim.



Kolam yang dibina oleh JTC bersama agensi air negara, PUB, dan Lembaga Taman Negara (NParks) itu bersaiz 8.9 hektar dan boleh menampung hingga 125,000 meter padu air hujan, bersamaan dengan 50 kolam renang bersaiz Olimpik.



Ia terletak di bahagian barat Pulau Jurong bernama Meranti, kata JTC dalam satu kenyataan semalam.



Kolam yang disifatkan sebagai huraian berasaskan alam semula jadi itu dibina di atas pasir telap penahan air, yang dikenali sebagai akuifer.



Semasa kejadian ribut kuat, air hujan yang disalurkan ke kolam itu akan mengurangkan kemungkinan berlaku banjir di kawasan sekitaran.



Air hujan akan melepasi dasar kolam yang berliang ke dalam akuifer, dan kemudian dilepaskan ke laut.



Ini akan membolehkan kolam itu menakung air hujan sekali lagi, kata JTC.



Keseluruhan proses menakung dan melepaskan air hujan berlaku secara semula jadi tanpa paip, pam atau sistem saliran mekanikal.



JTC berkata, sebagai perancang dan pemaju utama bagi landskap perindustrian Singapura, ia bekerjasama dengan agensi rakan kongsi untuk melakukan persiapan dan perancangan awal bagi melindungi Pulau Jurong daripada perubahan iklim dalam tempoh 50 hingga 100 tahun akan datang.



Kolam takungan di Pulau Jurong sokong visi Pelan Hijau S'pura



Dua tahun lalu, jurutera JTC memulakan kajian untuk mencari penyesuaian inovatif dan mampan bagi sistem saliran di Pulau Jurong supaya ia dapat menangani kejadian hujan lebat dengan lebih baik.



Pasukan itu memanfaatkan penemuan sebuah akuifer di pulau itu yang telah terbentuk secara semula jadi apabila air hujan berkumpul dalam lapisan tanah yang ditambak, kata JTC.



Menerusi simulasi hidraulik terperinci, JTC berkata juruteranya mendapati bahawa mereka boleh membina kolam takungan di atas akuifer itu untuk menakung dan melepaskan air hujan secara semula jadi untuk mengelakkan banjir tanpa perlu melakukan peningkatan besar-besaran kepada infrastruktur saliran Pulau Jurong.



Simulasi dan pemodelan terperinci lanjut telah dijalankan untuk memastikan saiz dan lokasi kolam yang optimum.



Pembinaan kolam itu mengambil masa setahun dan selesai Mac lalu.



Ketua Pegawai Kemampanan JTC, Encik Tan Chee Kiat, berkata kolam itu adalah huraian berasaskan alam semula jadi pertama seumpamanya yang menggunakan rupa bumi berpasir yang unik di Pulau Jurong untuk mengukuhkan daya tahan perubahan iklim Singapura.



"Dengan kolam ini, kami dapat menyalurkan dan melepaskan air hujan secara semula jadi tanpa sebarang paip, pam, dan sistem saliran mekanikal.



"Ini menyokong visi kami untuk mengubah Pulau Jurong menjadi taman bahan kimia dan tenaga yang mampan sebagai sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030," katanya.



Perancang bandar dan arkitek landskap terkenal, Profesor Herbert Dreiseitl, telah diambil sebagai perunding pada peringkat awal reka bentuk kolam itu.



Beliau berkata: "Keluasan sistem produktif yang sentiasa berubah membuka banyak idea baru yang segar untuk Landskap Perindustrian Jana Semula Berdaya Tahan.



"Berdasarkan lebih banyak huraian berasaskan alam semula jadi, landskap perindustrian-bandar menggabungkan pemahaman dan rawatan yang lebih baik untuk dinamik dan struktur air yang kaya."



Beliau sebelum ini terlibat dalam menghasilkan konsep saluran saliran di Taman Bishan-Ang Mo Kio.




Dengan kolam ini, kami dapat menyalurkan dan melepaskan air hujan secara semula jadi tanpa sebarang paip, pam, dan sistem saliran mekanikal.



Ini menyokong visi kami untuk mengubah Pulau Jurong menjadi taman bahan kimia dan tenaga yang mampan sebagai sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030."



- Encik Tan Chee Kiat, Ketua Pegawai Kemampanan JTC. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >