Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH TAHUNAN KUMPULAN MEDIA INGGERIS, MELAYU DAN TAMIL SPH 2020

Koresponden sains, sekitaran wartawan terbaik

sph
Mar 18, 2021 | 05:30 AM



KORESPONDEN sains dan sekitaran akhbar The Straits Times, Cik Audrey Tan, diiktiraf sebagai wartawan terbaik Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil Singapore Press Holdings (SPH) tahun lalu bagi sumbangannya dalam bidang sekitaran.



Cik Tan, yang pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh pertubuhan seperti Pusat Pulitzer, menghabiskan tujuh tahun pertama kerjayanya di akhbar itu membuat liputan ehwal sains dan sekitaran.



Sepanjang tahun lalu, Cik Tan, 30 tahun, menyumbang kepakarannya kepada pasukan utama akhbar itu dalam menyampaikan liputan virus Covid-19.



Beliau menghasilkan lebih 260 laporan, video, podcast dan infografik, dan turut menulis tentang topik berkaitan perkembangan virus itu secara saintifik, penghasilan vaksin dan juga kesan Covid-19 terhadap mutu udara dan ruang hijau Singapura secara tidak langsung.



Beliau juga wartawan pertama melaporkan mengenai permohonan vaksin Moderna agar ia dapat digunakan di Singapura.



Ia merupakan anugerah pertama yang diraih Cik Tan sejak beliau memulakan kerjayanya di SPH pada 2013.



"Saya sangat gembira dengan bantuan oleh penyelia saya dan juga sikap sabar yang ditunjukkan ahli sains," katanya.



"Salah satu perkara yang saya sangat hargai ialah para editor percaya akan peri penting isu sekitaran dan perubahan iklim sebelum ia menjadi agenda nasional."



Sementara itu, anugerah Wartawan Muda Terbaik dimenangi Cik Choo Yun Ting, seorang wartawan akhbar sama yang disifatkan oleh editornya sebagai "sebuah pisau ala tentera Swiss" - kerana berupaya mengendali apa jua liputan yang ditugaskan kepadanya.



Cik Choo, 25 tahun, berkecimpung dalam bahagian perniagaan akhbar tersebut tahun lalu.



Beliau bertekad agar kesulitan kewangan yang dialami syarikat kecil dan sederhana serta pemilik perniagaan sewaktu kemurungan ekonomi ini tidak dilupakan.



Antara liputannya ialah laporan mengenai keguguran syarikat penghantaran makanan dan barang pasar Honestbee antara 2019 dengan awal 2020.



Beliau kemudian berjaya menulis liputan eksklusif tentang pembubaran syarikat itu.



Berucap di majlis penyampaian anugerah itu, yang dijalankan dalam alam maya, Pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang, berkata pandemik Covid-19 dan kesan besarnya ke atas kehidupan dan ekonomi, telah terpahat dalam memori orang ramai.



"Selain menyampaikan berita dan maklumat berkaitan pandemik, kami juga perlu mengatasi berita dan maklumat palsu, yang telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan.



"Ini terus menjadi satu khidmat penting kepada pembaca dan penonton kami," ujar beliau.




“Selain menyampaikan berita dan maklumat berkaitan pandemik, kami juga perlu mengatasi berita dan maklumat palsu, yang telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan. Ini terus menjadi satu khidmat penting kepada pembaca dan penonton kami.”
– Dr Lee Boon Yang, Pengerusi SPH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >