Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koridor jadi penghubung erat hubungan antara jiran di Boon Lay

May 24, 2019 | 05:30 AM



APABILA jiran sebelah rumah mereka memberi saranan untuk 'menggabungkan' koridor di hadapan kededua rumah mereka tiga tahun lalu, pasangan muda Encik Shaieful Azan Zanal Abidin dan Cik Siti Zulaifa Sukardi tidak teragak-agak untuk terus bersetuju.



Sejak itu, setiap tahun pasangan tersebut akan menghias koridor mereka bersama jiran sebelah, pasangan suami isteri, Encik Muhammad Sabri Johari, 30 tahun dan Cik Siti Juliana Saptu, 27 tahun.



Menjelang Hari Raya setiap tahun, bertambah meriah hiasan di koridor mereka.



Tahun ini, kededua jiran yang menetap di Boon Lay itu memutuskan untuk menyerlahkan hiasan di koridor mereka dengan tema kampung.



Hiasan merangkumi pagar putih mengelilingi permaidani 'rumput' yang dibentangkan di hadapan kededua unit, lengkap dengan lampu lap lip yang digantung di dinding dan lampu pelita yang tercacak di hadapan 'pintu masuk' koridor tersebut.



Perbelanjaan bagi semua barangan hiasan tersebut sekitar $150.



"Kami ingin tunjukkan suasana 'kampung' seperti ini masih boleh dikembalikan, walaupun kami tidak pernah tinggal di kampung," kata Encik Azan, 27 tahun, yang bekerja sebagai seorang penyelaras logistik.



Kawasan koridor tersebut bukan sahaja sebagai hiasan, tetapi ia juga menjadi ruang tambahan di mana mereka boleh duduk bersama untuk berbual dan berehat.



Apabila rumah mereka dikunjungi tetamu semasa Hari Raya, kawasan tersebut juga menjadi ruang tambahan untuk digunakan. Ia juga merupakan latar belakang yang cantik jika tetamu mereka ingin bergambar.



Selain mengagumkan tetamu yang datang, kawasan rumah mereka itu juga menjadi 'tarikan' bagi jiran tetangga yang lain dan juga penghantar makanan yang menyinggah.



Isteri Encik Azan, Cik Siti Zulaifa, pendidik kanak-kanak berusia 27 tahun, berkata: "Ada jiran kami yang kadang kala bawa anak mereka untuk tengok-tengok lampu di sini dan ambil gambar.



"Ada pula pekerja penghantar yang datang menghantar pesanan makanan kami dan memuji apa yang kami lakukan kerana ini sesuatu yang mereka tak biasa lihat."



Kededua jiran tersebut berpindah ke flat mereka di kawasan barat Singapura itu sekitar tempoh yang sama tiga tahun lalu, dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.



Malah, baru-baru ini pasangan Encik Azan dan Cik Zulaifa telah ke Batam bersama Encik Sabri dan Cik Juliana dan dua anak mereka berusia 7 tahun dan setahun.



Encik Sabri berkata mereka berharap dapat menonjolkan contoh kejiranan yang baik kepada orang lain.



"Memang kami bertuah dapat jiran seperti ini, yang sanggup bekerjasama dan menjaga hubungan yang baik antara kami," katanya.



Isteri Encik Sabri, Cik Juliana menambah: "Ramai yang anggap pasangan muda tidak suka bercampur jiran, tapi kami ingin tunjukkan walaupun kami tinggal di flat, tidak semestinya tiada budaya berjiran."



Pos yang memaparkan gambar koridor mereka yang dimuatnaik Encik Azan baru-baru ini tular di Twitter serta mengundang komen dari ramai termasuk pengguna Twitter Malaysia.



"Ada orang dari Malaysia yang bertanyakan kepada saya, ini dekat daerah mana, ada yang ingat pintu electrical riser di hadapan rumah kami itu bilik air," katanya mengundang tertawa isteri dan kededua jirannya.



"Bila saya tulis di Twitter ramai yang tak percaya, termasuk pengguna Singapura yang seakan tidak percaya koridor kami itu di hadapan dua unit flat."



Berkongsi harapannya, Encik Azan berkata: "Saya harap dengan pos ini kami dapat mendorong orang lain untuk terus membina hubungan yang baik dengan jiran tetangga mereka, tidak kira bangsa atau agama.



"Kami juga berharap hubungan (antara jiran) yang kami bina ini dapat terus dikekalkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >