LANGKAH berjaga-jaga bagi membendung penularan Covid-19 telah menjejas kerja-kerja naik taraf Sekolah Rendah Bukit View, Mayflower, Pei Hwa Presbyterian dan St Margaret's.
Sekolah Rendah Bukit View dijadualkan berpindah ke lokasi sementara mulai Januari tahun depan sedang sekolah itu menjalani peningkatan.
Tetapi gangguan kepada kerja-kerja naik taraf bermakna ia akan berpindah ke lokasi sementara hanya pada Januari 2022 dan kembali ke lokasi tetap pada Januari 2024 setelah peningkatan selesai, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.
Sekolah Rendah Mayflower akan kembali ke lokasi tetap pada Januari 2022 dan bukan Januari depan, kerana lebih banyak masa diperlukan untuk peningkatan, sementara Sekolah Rendah St Margaret's akan kembali ke lokasi tetapnya pada Januari 2023 dan bukannya Januari 2022.
Sekolah Rendah Pei Hwa Presbyterian, yang sedang menjalani kerja naik taraf di lokasi, akan beralih ke sekolah satu sesi pada Januari 2022, bukannya setahun lebih awal seperti yang dirancangkan.
"Sekolah akan membuat pengaturan yang diperlukan dalam tempoh yang terjejas untuk memastikan semua pelajar terus mempunyai persekitaran pembelajaran yang sesuai," kata MOE.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Koronavirus jejas kerja naik taraf sekolah
May 28, 2020 | 09:05 AM