Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kos makan luar di S'pura akan terus meningkat: Kajian

IPS
Mar 14, 2023 | 05:30 AM



KOS makan di luar di Singapura berkemungkinan terus meningkat berbanding pendapatan individu dan isi rumah pada masa hadapan, menurut satu laporan Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai harga makanan yang dikeluarkan pada Isnin.



Penyelidik membuat kesimpulan itu selepas mengumpul data mengenai kos barangan makanan dan hidangan di pusat penjaja, kopitiam dan pusat makanan dari September hingga November 2022, dan Januari hingga Februari 2023.



Mereka mendapati perbezaan harga makanan di seluruh Singapura dalam kededua tempoh masa, dengan kenaikan ketara dalam harga bagi 13 daripada 18 makanan pada tempoh kedua.



Ini kali kedua IPS membuat kajian mengenai harga makanan untuk menghasilkan Indeks Makan 2.0. Kajian terakhir diterbitkan pada 2017.



Pasukan itu melihat harga bagi 18 barangan atau set makanan dan minuman yang biasa dijual di pertubuhan makanan dalam tiga hidangan harian, seperti kopi-o, mi wanton, set bihun ekonomi atau chicken chop.



Mereka melawat 829 pertubuhan makanan - 92 pusat penjaja, 101 pusat makanan dan 636 kopitiam merentasi 26 estet kejiranan kediaman.



Kajian itu, yang diketuai oleh zamil penyelidik, Encik Teo Kay Key, bersama pembantu penyelidik, Encik Hanniel Lim dan Cik Mindy Chong, bertujuan meninjau harga makanan sebagai cara untuk lebih memahami aspek kos sara hidup di Singapura.



Bagaimanapun, ia menyatakan bahawa harga barangan makanan diambil pada nilai muka, tanpa menyesuaikan kuantiti atau kualiti.



Laporan itu menunjukkan bahawa tinjauan perbelanjaan isi rumah lima tahun oleh Jabatan Perangkaan mendapati bahawa makanan merupakan 20.3 peratus daripada purata perbelanjaan isi rumah pada 2017 dan 2018, komponen kedua terbesar selepas perumahan dan perbelanjaan berkaitannya (28.9 peratus).



Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa lebih separuh perbelanjaan makanan dibelanjakan di pusat penjaja, pusat makanan dan kedai kopi serta pertubuhan serupa seperti kantin, kiosk dan peniaga jalanan.



"Ini bukti kelaziman budaya penjaja unik Singapura, yang membolehkan ramai rakyat Singapura makan di luar pada harga yang berpatutan.



"Bagaimanapun, kos sara hidup, terutamanya makanan, telah menjadi kebimbangan umum di banyak bahagian dunia," kata laporan itu.



Ia disebabkan isu seperti perang Russia-Ukraine, larangan eksport ayam pada pertengahan 2022 dari Malaysia ke Singapura dan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di sini yang telah memberi kesan kepada harga makanan.



Juste`ru, membandingkan data yang dikumpul dalam dua tempoh masa, para penyelidik mendapati bahawa kebanyakan pemilik gerai tidak menaikkan harga mereka, manakala kebanyakan mereka yang berbuat demikian hanya dengan jumlah yang kecil.



Mereka mendapati purata kenaikan harga di gerai yang dikunjungi semula ini tidak melebihi 30 sen dan tidak melebihi 10 sen bagi kebanyakan barangan makanan.



Melihat pada hidangan yang terdiri daripada minuman dan hidangan makanan utama - secara purata, sarapan pagi adalah hidangan termurah pada harga $4.81, diikuti dengan makan tengah hari sebanyak $6.01 dan makan malam $6.20.



Jumlah purata kos tiga kali sehari makan di pusat penjaja, pusat makanan dan kopitiam ialah $16.89, menurut laporan itu.



Berdasarkan angka ini, purata kos makan di luar selama 30 hari ialah $506.70. Kos makan secara purata tidak berbeza dengan ketara di seluruh Singapura.



Kajian itu berkata: "Harapannya ialah gaji sebenar akan meningkat pada kadar yang sama; jika tidak, individu dan isi rumah akan menghadapi kos makanan yang lebih tinggi.



"Walaupun budaya penjaja di Singapura merupakan hidangan makanan panas dan lazat yang mudah dinikmati oleh rakyat Singapura, ia mungkin tidak lagi boleh kekal murah berbanding pilihan makanan lain, memandangkan perubahan dalam persekitaran ekonomi."




"Walaupun budaya penjaja di Singapura merupakan hidangan makanan panas dan lazat yang mudah dinikmati oleh rakyat Singapura, ia mungkin tidak lagi boleh kekal murah berbanding pilihan makanan lain, memandangkan perubahan dalam persekitaran ekonomi."
- Laporan Institut Pengajian Dasar (IPS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >