Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Kuatkan semangat keluar dari 'zon selesa'

Di poly belajar Desain Interaksi tapi minat dalam koding segala kerja keras bantunya lulus kursus ICT (Kejuruteraan Sofwe) di SIT
Oct 23, 2021 | 05:30 AM



PENGAJIAN yang diikutinya semasa di Politeknik Nanyang dalam Desain Interaksi jauh berbeza dan tiada kaitan langsung dengan kerjaya yang dilakukannya sekarang.



Tetapi minat Encik Muhammad Azman Mohd Salleh terhadap koding sudah mencukupi untuknya terus mengorak langkah, memberanikan diri untuk mengikuti satu pengajian yang baru.



Selepas menimbangkan hala tuju kerjaya masa depannya semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS), beliau memutuskan untuk meneruskan pelajarannya dengan mengikuti kursus Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) (Kejuruteraan Sofwe) di Institut Teknologi Singapura (SIT).



Meskipun tidak mempunyai latar belakang dalam ICT, beliau mampu meraih Projek Terbaik Capstone dalam Kejuruteraan Sofwe bagi projek akhir tahunnya.



Dan 10 bulan sebelum tarikh tamat pengajiannya di SIT, anak kedua dalam keluarga tiga beradik - yang ibunya seorang suri rumah dan ayahnya seorang pegawai logistik - Encik Azman ditawar pekerjaan sebagai jurutera awan digital (digital cloud engineer) di syarikat Temus, sebuah gabungan syarikat antara UST Singapura dengan Temasek.



UST Singapura menawarkan khidmat dalam bidang seperti transformasi digital, keselamatan siber, data analitik, kejuruteraan data, prasarana awan dan kecerdasan buatan.



"Memang ia merupakan satu peluang keemasan bagi saya. Pelbagai perkara baru dapat saya pelajari dalam pekerjaan ini.



"Mujur apa yang saya pelajari di SIT dapat memberikan asas kukuh kepada kerjaya saya sekarang," ujarnya.



Namun pelajar yang meraih Sarjana Kejuruteraan dengan Kepujian dan ICT (Kejuruteraan Sofwe) itu berkata, segala yang dikecapinya hari ini tidak datang bergolek.



Sepanjang pengajiannya selama empat tahun, tiada hari rehat bagi bujang 26 tahun ini.



Bahkan, pada hari Sabtu juga, sedang teman-teman lain meluangkan masa keluar bersama keluarga dan kawan-kawan, Encik Azman sebaliknya menghabiskan masa sehari suntuk di sekolah untuk melakukan projek dan tugasan sekolahnya.



"Tidak seperti rakan sekelas lain yang ada di antara mereka mempunyai latar belakang dalam bidang ICT, saya mempunyai sifar pengalaman.



"Justeru saya perlu bekerja dua kali ganda daripada mereka," katanya yang mengulangkaji pelajaran selama 12 jam sehari.



Apabila cuti sekolah pula, beliau akan menghabiskan masanya menjadi intern atau pekerja-pelajar di sebuah syarikat konsultan teknologi.



Di samping itu, beliau turut mengetuai kelab pelajar SIT Geeks selaku Presiden.



Beliau juga merupakan Naib Presiden bagi kelab pelajar Pembangun Google (DSC atau Developer Student Club) yang diasaskannya.



Encik Azman telah dipilih untuk mewakili universitinya dalam Sidang Asia Timur Google DSC Selatan-SIT di Kuala Lumpur.



Menyingkap perjalanannya sebagai pelajar selama empat tahun itu, Encik Azman yang pembiayaan yuran sekolahnya dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Mendaki, berkata ia telah mempersiapkannya bagi kerjaya yang mencabar.



"Ini memang merupakan satu industri yang agak mencabar. Pandemik ini juga telah menunjukkan bagaimana semua orang perlu menyesuaikan diri dengan teknologi, sama ada di sekolah atau di tempat kerja.



"Justeru berada dalam bidang yang kian berkembang ini merupakan sesuatu yang berlaku tepat pada masanya, dan saya tidak menyesal pertukaran bidang yang saya buat dulu," katanya.



Tambahan lagi, anak muda ini amat berharap lebih ramai anak Muslim akan menceburi bidang ini.



"Mungkin ramai yang menyifatkan bidang ini sesuatu yang sukar tetapi hakikatnya, jika kita menetapkan matlamat, semuanya dapat dikecapi, tetapi pastinya usaha dan kerja keras itu amat diperlukan," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >