Kumpul dana untuk anjur kursus celik kewangan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Kumpul dana untuk anjur kursus celik kewangan

Badan bukan cari untung Aidha mahu kumpul $150,000 untuk bantu 500 pembantu rumah dan wanita gaji rendah 
Dec 08, 2020 | 05:30 AM

PEMBANTU rumah asing (FDW) sering membuat keputusan sukar untuk datang bekerja di Singapura supaya dapat mencari kehidupan yang lebih baik dan menyara keluarga mereka.

Namun begitu, setelah tamat kontrak pekerjaan, ramai antara mereka pulang ke negara mereka dengan wang simpanan yang sikit atau tiada langsung.

Untuk meningkatkan taraf kehidupan pembantu rumah asing (FDW) dan juga wanita warga Singapura yang berpendapatan rendah, badan bukan mencari keuntungan (NPO) Aidha bertujuan membantu golongan itu melalui pendidikan kewangan.

Ditubuhkan pada 2006, Aidha menawarkan kursus celik kewangan di mana peserta dapat mempelajari mengenai pengurusan wang, pelaburan dan bagaimana memulakan perniagaan.

"Mereka sudah bekerja bertungkus lumus sepanjang kontrak mereka, tetapi kadangkala mereka tidak tahu bagaimana untuk mengurus kewangan mereka. Ramai mungkin menghantar semua wang mereka balik ke kampung setiap bulan. Namun, apabila tiba masanya pulang, mereka tidak mempunyai wang simpanan untuk 'hari hujan' sekiranya perlu," kata Pengurus Komunikasi Aidha, Cik Amirah, .

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Aidha mempunyai sasaran untuk mengumpul dana sebanyak $150,000 yang dijangkakan akan memanfaat lebih daripada 500 peserta.

Ini diharap dapat dicapai melalui inisiatif alam maya 'Menunggang Basikal untuk Aidha' bersama OCBC dan Minggu Memberi SG Cares.

Dalam panggilan video dengan Berita Harian, Cik Amirah menjelaskan bahawa melalui kursus ini, ia juga memberi golongan sasaran mereka peluang meneroka pekerjaan lain.

"Ramai antara mereka sebenarnya tidak ingin menjadi seorang pembantu rumah selama-lamanya. Mereka juga ingin pulang ke negara mereka untuk melihat anak-anak mereka membesar. Jadi melalui kursus kami, kita dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk terus menyara keluarga mereka bukan hanya dari Singapura tetapi bila mereka pulang," ujarnya.

Cik Amirah berkata setiap dolar yang diderma itu bukan saja dapat membantu seorang individu tetapi sebuah masyarakat yang lebih besar.

"Saya mempunyai seorang pelajar dari Sri Lanka yang setelah tamat kontrak, kembali ke negaranya untuk membuka ladang teh. Dengan pembukan perniagaan baru ini, beliau perlu mengambil pekerja dan telah mencipta pekerjaan baru untuk masyarakatnya. Selain itu, beliau dapat menghasilkan pendapatan yang lebih baik untuk seluruh masyarakatnya," kata Cik Amirah.

Tambahnya, bagi pelajar yang menamatkan kursus tersebut, mereka berjaya meningkatkan wang simpanan mereka sebanyak 80 peratus.

Menurut laman Kementerian Tenaga Manusia (MOM), terdapat lebih daripada 250,000 FDW di Singapura. Setakat ini, seramai 5,000 pembantu rumah dan wanita warga Singapura berpendapatan rendah yang telah mengikuti program enam bulan Aidha.

Mereka ingin menyumbang kepada kempen Aidha, lungsuri: www.giving.sg/aidha-ltd/giftofeducation2020.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai usaha Aidha, lungsuri https://www.aidha.org/.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map