Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan kerja baru bakal dibentuk antara Mendaki dan NIE

Ia diharap dapat membina keupayaan kededua pihak
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



SATU kumpulan kerja baru akan dibentuk dengan kerjasama di antara Yayasan Mendaki dan Pejabat Kajian Pendidikan (OER) Institut Pendidikan Nasional (NIE).



Pembentukan kumpulan kerja itu bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan membantu mereka program-program kelolaan Mendaki, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, membuat pengumuman itu semasa Simposium Pendidikan Mendaki 2021 semalam.



Simposium sehari yang diadakan menerusi maya buat tahun kedua telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai usaha itu, Encik Zaqy berkata:



"Matlamat menubuhkan kumpulan kerja ini ialah untuk menyediakan maklumat dan mereka program-program Mendaki.



"Menerusi ini, kami berharap untuk mengantarakan perkongsian pengetahuan yang relevan bagi membina keupayaan kededua pihak."



Encik Zaqy juga melahirkan keyakinan bahawa dengan memanfaatkan bakat penyelidikan lebih meluas, seperti NIE OER, Mendaki akan dapat memberikan sokongan lebih baik dan campur tangan bagi pelajar yang berkemajuan rendah dari pelbagai peringkat pembelajaran.



"Melalui kumpulan kerja ini, saya yakin ia dapat membantu Mendaki menyediakan program-program yang berkesan dan relevan," terang beliau dalam ucapannya.



Tambah Encik Zaqy, Mendaki sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk institusi-institusi pengajian tinggi dalam usahanya untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan.



Sementara itu, menyentuh tentang simposium tahun ini, beliau berkata ia berbeza dengan simposium-simposium sebelum ini kerana fokus kali ini adalah terhadap belia dan golongan pekerja.



"Saya harap simposium ini akan memberikan peluang bagi para peserta yang hadir, untuk memberikan pandangan akan definisi kejayaan, terutama di era pasca Covid-19.



"Melalui penukaran idea dan perkongsian, diharapkan dapat memberikan belia dan karyawan peluang meneroka dan mengenal pasti cara-cara terbaik untuk membantu belia dan pekerja kita mempersiapkan diri untuk alam pekerjaan dalam tempoh yang tidak menentu ini," kata Encik Zaqy dalam ucapannya.



Jelas beliau, sepertimana yang disaksikan, pandemik ini telah menyebabkan ketidaktentuan dalam lanskap pekerjaan dan menggariskan kelemahan dalam segelintir segmen pekerja.



Encik Zaqy turut menyangkal kritikan sesetengah pihak bahawa apa yang diajar pelajar di sekolah tidak mempersiapkan mereka untuk alam pekerjaan dan kemahiran ditimba tidak relevan.



"Saya yakin ramai di antara anda berkongsi sentimen saya bahawa sekolah-sekolah kita dan institusi pembelajaran memainkan peranan besar dalam pembangunan tenaga kerja kita," ujarnya.



Maka itu, Encik Zaqy menekankan bahawa para pendidik mempunyai peranan penting untuk memastikan para belia setempat bersedia apabila memasuki dunia pekerjaan.



"Kini semakin penting untuk kita terus mendapat maklumat berdasarkan bukti dan kajian terkini.



"Landskap yang tidak menentu sekarang juga memerlukan kita untuk merancang lebih awal sementara membuat penyesuaian terhadap gangguan dan penting untuk kita merebut peluang ini," tambah beliau.




"Matlamat menubuhkan kumpulan kerja ini ialah untuk menyediakan maklumat dan mereka program-program Mendaki. Menerusi ini, kami berharap untuk mengantarakan perkongsian pengetahuan yang relevan bagi membina keupayaan kededua pihak. Melalui kumpulan kerja ini, saya yakin ia dapat membantu Mendaki menyediakan program-program yang berkesan dan relevan."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >