Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan lebih besar seramai 5 orang dijangka boleh makan bersama mulai 12 Julai: Lawrence Wong

Jul 05, 2021 | 06:19 PM



KUMPULAN lebih besar seramai lima orang dijangka dibenarkan makan bersama mulai Isnin depan (12 Julai), sedang Singapura melonggarkan langkah sekatan dan membuka lagi ekonominya menyusuli penularan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat, umum Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong di Parlimen pada Isnin (5 Julai).



"Langkah tambahan berjaya mengekang penularan virus sambil kami membenarkan kebanyakan bahagian ekonomi negara ini terus beroperasi.



"Kerana itu, kami mula melonggarkan sekatan mulai 14 Jun apabila kami beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat); dengan kami menjangkakan akan membuka lagi ekonomi negara ini mulai 12 Julai bagi membolehkan kumpulan lebih besar seramai lima orang makan bersama," katanya dalam ucapannya.



Encik Wong memberi maklumat terkini mengenai langkah sokongan pemerintah bagi perniagaan dan pekerja yang terjejas oleh sekatan yang diperketat dan bagaimana urusan ini kelak dibiaya. 



Dalam ucapannya, beliau berkata langkah mengikut keadaan diambil bagi menangani kelompok Covid-19 baru yang terbentuk pada awal hingga pertengahan Mei, tidak seperti langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19 yang lebih meluas secara ekonomi, tahun lalu.



Kelompok yang terbentuk pada Mei kebanyakannya melibatkan kes di Hospital Tan Tock Seng dan Lapangan Terbang Changi. Terdapat tambahan pada kes masyarakat, katanya lagi.



Bagi melindungi warga Singapura dan mengekang penularan virus ini, Singapura beralih ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 16 Mei, tambah Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani Covid-19.



Selepas sebulan langkah berjaga-jaga yang dipertingkat dikenalkan, jumlah kes berkurangan dengan pihak berkuasa mengumumkan pada 10 Jun bahawa Singapura akan dibuka secara bertahap-tahap dan beralih ke Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat).



Mulai 14 Jun, sekatan pada perhimpunan sosial dipertingkat dari dua kepada lima orang.



Jumlah yang makan di premis makanan dan minuman disambung semula seminggu selepas itu tetapi bagi kumpulan tidak melebihi dua orang.



Dalam ucapannya, Encik Wong akur ramai penduduk kepingin kembali kepada keadaan sebelum pandemik termasuk melancong ke luar negara bagi riadah, bermain sukan, menghadiri acara di lokasi hiburan dan keluar tanpa pelitup.



Bagaimanapun, beliau menambah realitinya Covid-19 tidak mungkin akan pergi secepatnya.



"Dengan vaksinasi dan peningkatan rawatan, kita boleh menjadikan SARS-CoV-2 kelihatan seperti flu dari segi morbiditi dan kematian," katanya.



Beliau menambah sasarannya ialah mendapatkan dua pertiga penduduk Singapura melalui vaksinasi penuh menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >