Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan sokongan ibu susukan anak bakal adakan jualan amal sempena rai ulang tahun ke-30

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI sebuah badan amal, Kumpulan Sokongan Ibu-ibu yang Menyusukan Anak (BMSG) menyokong 8,000 ibu secara percuma setiap tahun melalui program sokongan penyusuan susu ibu mereka.



Presiden BMSG, Cik Khatim Hamidon, berkata BMSG turut memberi sokongan emosi dan berusaha meningkatkan keyakinan diri para ibu dalam pemberian susu ibu.



Khidmat kaunseling penyusuan secara percuma dan pendekatan masyarakat melalui bengkel, pertemuan dan media sosial, mengupayakan para ibu dalam membuat pilihan yang termaklum dan terbaik tentang pemakanan bayi dan cara-cara pemberiannya.



BMSG ialah satu-satunya badan amal di Singapura yang memberi sokongan penyusuan ibu kepada kaum ibu.



Badan amal ini bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-30 dan sedang mengadakan jualan amal beg perkelahan untuk seisi keluarga.



"Kami sangat mengharapkan sokongan daripada masyarakat dalam menjayakan jualan amal ulang tahun ini.



"Hasil daripada jualan ini akan sangat membantu kami dengan kos operasi dan program-program kami terutama sekali dengan pelbagai cabaran pandemik, supaya kami dapat meneruskan sokongan kami terhadap ibu dan bayi," jelas Cik Khatim.



Pada 18 Disember juga majlis ulang tahun BMSG akan diadakan secara dalam talian dan akan dihadiri tetamu terhormat, Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan).



Selain meraikan ibu-ibu yang menyusukan serta sukarelawan BMSG, majlis ini juga akan mengadakan lelongan maya karya seni eksklusif yang diinspirasikan oleh perwatakan keibuan hasil artis tempatan T:Zi atau nama sebenar beliau, Encik Ahmad Tarmizi.



Mengenai kepentingan penyusuan susu ibu, Cik Khatim menerangkan:



"Penyusuan ibu bukanlah suatu perkara baru. Namun, dengan perubahan dalam gaya hidup kini, ramai ibu menghadapi pelbagai cabaran yang menjadikan penyusuan susu ibu amat sukar dicapai atau diteruskan.



"Ini termasuk kerana mereka tidak mendapat sokongan yang secukupnya daripada keluarga dan tempat kerja, dan juga kerana mendapat maklumat tentang penyusuan susu ibu yang kurang tepat.



"Yang sebenarnya memberikan susu ibu adalah yang optimum bagi perkembangan bayi dan kanak-kanak serta memanfaatkan kesihatan ibu."



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif sebaik sahaja bayi dilahirkan hingga lengkap enam bulan.



Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan hingga bayi berumur dua tahun atau selanjutnya.




KHIDMAT KAUNSELING



Untuk mendapatkan khidmat percuma kaunseling penyusuan susu ibu, hubungi BMSG melalui talian hotline dan WhatsApp di +65 6339 3558.



Jualan Beg Piknik Amal



Terdapat dua jenis beg berkelah amal:



+ Pek Emas berharga $98. Mengandungi satu set pastri halal, pek jus buah-buahan, permainan ringan kanak-kanak seperti Frisbee berlipat dan layang-layang, beg berkelah jut, dan beberapa barangan tajaan seperti baucar menarik.



+ Pek Platinum berharga $198. Mengandungi semua yang terdapat dalam pek Emas, dengan tambahan buku kanak-kanak terbitan BMSG 'My Sweet Baby' (buku pertama Singapura tentang penyusuan susu ibu) dan baucar gantian untuk mendapat lukisan gambar potret sebagai cenderahati untuk ibu dan anak daripada artis tempatan, EveningWindow.



Beg-beg berkelah ini akan dihantar ke rumah penderma pada 17 dan 18 Disember 2021.



Penderma juga boleh memilih untuk mengirimkan beg berkelah ini sebagai hadiah untuk yang tersayang atau juga untuk ibu-ibu muda di bawah naungan badan kebajikan Babes Pregnancy Crisis Support.



+ Untuk menempah beg berkelah jualan amal, sila tempah di: bit.ly/bmsgpicnic



- pembayaran melalui PayNow, Paypal dan kad kredit/debit.



+ Untuk sebarang pertanyaan jualan amal dan majlis ulang tahun, sila WhatsApp ke 8462-8168.



Hulur derma



+ Untuk menderma kepada BMSG, sila ke: bit.ly/bmsgdonate



Majlis Ulang Tahun BMSG ke-30 akan dilangsungkan secara dalam talian di laman Facebook BMSG pada 18 Disember 2021, Sabtu, dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.



Sila ke laman Facebook BMSG di fb.com/bmsg.singapore




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >